Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
اونيۏرسيتي اسلام انتارابڠسا مليسيا
International Islamic University Malaysia
马来西亚国际伊斯兰大学
الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا
Logo of the International Islamic University Malaysia
MotoTaman Ilmu dan Budi
The Garden of Knowledge and Virtue
JenisKerajaan
Ditubuhkan pada1983
CanselorTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
PresidenDatuk Dr. Mohd Daud Bakar
RektorProf. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak[1]
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
KampusGombak (Kampus Utama)
Gambang (Pusat Asasi)
Kuantan (Kampus bagi Kulliyyah Sains dan Perubatan)
Pagoh (Kampus bagi Kulliyyah Bahasa dan Pelancongan)
Laman webwww.iium.edu.my
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Arab: الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا) merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Pagoh. Pusat Asasi UIAM terletak di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.

Teknologi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sejak 2003, UIAM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran yang diberi nama LearningCare.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rektor UIAM
  2. ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2013
  3. ^ Menurut perkiraan QS World University Rankings 2012
  4. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, para penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3. 

Universiti Islam Antarabangsa Indonesia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]