Mohd Rusihan Abu Yaziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad (32) merupakan merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia.

Laporan rasuah palsu[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2008 , Mahkamah Majistret Kajang memutuskan Mohd Rosihan membuat laporan palsu berhubung sogokan RM 1500.00 yang diberikan oleh Ahmad Affandi Hamzah pada 29 Julai 2008 jam 7-8 malam . Sogokan diberikan oleh Ahmad Affandi di hadapan rumah Mohd Rusihan ( Kelana Jaya No. 59, Jalan SS 7/3, Kelana Jaya, 47301, P.Jaya, Selangor )dengan disaksikan isteri dan adiknya. Tujuan sogokan itu agar menyokong penamaan calon Ahmad Affandi sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya .Laporan itu dibuat di hadapan Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di Putrajaya.

Sampul surat berisi wang RM1500.00 telah dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya. Tetapi AJK Masjid yang membuka peti Tabung Masjid pada 31 Julai 2008 tidak menemui wang itu. Kali terakhir tabung masjid dibuka pada 25 Julai 2008. Isteri dan adiknya turut menafikan pernah melihat Mohd Rusihan menerima sampul surat daripada Ahmad Affandi. [1]

Majistret Mazuliana Abdul Rashid membicarakan kes itu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalab Pendakwa Raya BPR, Jazamuddin Ahmad Nawawi. Nohd Rusihan tidak diwakili mana-mana peguam dan telah mengaku salah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]