Pergi ke kandungan

Mohd Tamyes Abd Wahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Tamyes bin Abd Wahid)
Dato' Setia Haji

Mohd Tamyes bin Abd Wahid

SSIS DPMS PPT
Mohd Tamyes bin Abd Wahid menjadi Mufti Selangor sejak 1998.
Mufti Selangor ke-6
Dalam jawatan
16 Mac 1998 – 19 Mei 2021
Didahului olehIshak bin Baharom
Digantikan olehAnhar Opir
Pengetua Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin
Dalam jawatan
1993–1998
Didahului olehHjh Siti Mureseh Md Yatim
Digantikan olehHj Ismail Abdul Ghani
Dalam jawatan
1985–1986
Didahului olehHj Paidi Keromo
Digantikan olehHj Mohd Adanan Isman
Butiran peribadi
Lahir (1951-05-18) 18 Mei 1951 (umur 73)
Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
Anak-anak8

Mohd Tamyes bin Abd Wahid merupakan bekas Mufti Selangor dari 16 Mac 1998 sehingga 19 Mei 2021.Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Mohd Tamyes adalah anak pertama daripada 10 adik-beradik.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan tempat pendidikan yang beliau pernah belajar:

  • 1958-1963: Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar;
  • 1964-1969: Maahad Ehyaul Falah, Sungai Besar;
  • 1970-1972: Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan;
  • 1973-1977: Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (Sarjana Muda Syari'ah dengan Kepujian;
  • 1977-1978: Universiti Ain Syams, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan (Bahasa Arab).

Mohd Tamyes berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada 1979. Beliau berkahwin pada tahun yang sama, dan telah dianugerahkan dengan enam orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.