Anhar Opir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja
Dato' Setia Dr. Haji

Anhar Opir

SSIS, DPMS (Selangor); PhD
Mufti Selangor ke-7
Memegang jawatan
21 Mei 2021
Dilantik olehSultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor
TimbalanProf. Madya Dr. Miszairi Sitiris
Didahului olehMohd Tamyes bin Abd Wahid
Butiran peribadi
Lahir1976
Kapar, Selangor
Alma materUniversiti Sains dan Pendidikan Dunia Islam (WISE), Jordan

Sahibus Samahah Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir ialah Mufti Selangor yang ke-7 yang telah dilantik pada 21 Mei 2021. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Mufti Selangor sejak 2016. beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA pada September 2021.

Latar belakang dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Anhar dilahirkan pada 1976 di Kapar, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Syariah Islamiah dan Undang-Undang (Syariah Islamiah) di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 1996. Kemudian, beliau menyambung pengajian sarjana dan memperoleh Sarjana Falsafah Islamiah di Universiti Kaherah, Mesir pada 2006. Selanjutnya, beliau memperoleh ijazah doktor falsafah Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Sains dan Pendidikan Dunia Islam (WISE), Jordan pada 2015[1].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • 21 Mei 2021: Mufti Selangor
  • 2016: Timbalan Mufti Selangor
  • 2015 - 2020: Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI
  • 2007 - 2010: Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI
  • 2007: Pensyarah sambilan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Melaka (Kampus Lendu dan Bandar Melaka)
  • 2006: Pensyarah sambilan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Pahang (Kampus Kuantan)

Penasihat syariah institusi kewangan[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah Etiqa General Takaful Berhad
  • Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Negara Malaysia (BNM)[2]
  • Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Ahli Majlis/Jawatankuasa Keagamaan[sunting | sunting sumber]

  • 2019: Pakar Rujuk Lembaga Tabung Haji
  • 1998-1999: Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
  • 1997: Anggota Badan Pengurus PMRAM
  • 1995: Ketua Umum Kolej Islam Sultan Alam Shah

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Tesis beliau yang bertajuk “Pemikiran Politik Di Antara Imam Al-Haramain Al-Juwaini dan Al-Qadhi Abu Bakr Ibn Al-`Arabi (Political Thinking Comparison Between Imam Haramain El Juwaini And Qadhi Abu Bakr Ibnu El- Arabi) telah dibahaskan pada tarikh 12 April 2006 di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.

  • Kepentingan Bermazhab Di Sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menyanggah Dakwaan Golongan Yang Menentang Pemboikotan Ekonomi (2003), Kaherah: Badan Komunikasi dan Bahasa Arab, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.(Terjemahan karya Prof. Dr. Husain Husain Shehata تفنيد مزاعم المثبطين للمقاطعة الاقتصادية)
  • Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian di bawah Jurnal Undang-undang Malaysia

Pelantikan sebagai Mufti[sunting | sunting sumber]

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Anhar sebagai Mufti Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 21 Mei 2021 selepas beliau meyandang jawatan Timbalan Mufti Selangor sejak 2016. Beliau menggantikan Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid yang sebelum ini memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bagi memberi peluang kepada orang baharu yang lebih muda dan berkaliber untuk memegang jawatan tersebut[1].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Selangor
    • Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)– Dato' (2017)[3]
    • Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor - 2021
    • Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) – Dato' Setia (2022)[4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Yunus Yakkub (29 Julai 2021). "Anhar kini Mufti Selangor baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2021.
  2. ^ "Sahibus Samahah Dato' Dr Haji Anhar Haji Opir". IslamicMarkets. 10 Mac 2020. Dicapai pada 9 September 2021.
  3. ^ "Sultan Kedah Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Selangor". mStar. 11 Disember 2017. Dicapai pada 9 September 2021.
  4. ^ "Tengku Zafrul dahului 104 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Selangor". Astro Awani. 11 Disember 2022. Dicapai pada 11 Disember 2022.