Mohd Yusof Zainal Abiden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden adalah peguam dan Peguamcara II di Malaysia. Mohd Yusof adalah peguam kanan ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas pada 1 Februari 2012.


Letak jawatan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Disember 2011 Mohd Yusof, 56, meletak jawatan dan permohonan kali ke-3 itu telah diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonannya pada 2007 dan 2009 ditolak kerana ada perbicaraan.

Apabila bersara, beliau tidak lagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.[1]

Mewakili Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Ramai terkejut kerana Mohd Yusof mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Pada 22 Mei 2012, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Mohd Yusof mewakili Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Turut dituduh ialah Timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April 2012 yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.Kesalahan itu dilakukan antara jam 2.30 petang dan 3.00 petang pada 28 April 2012. Satu lagi tuduhan ialah di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama / bersubahat dengan penyokong BERSIH 3.0 iaitu Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]