Idrus Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Idris Haron.

Idrus Harun

DPMT DSDK SSAP PJN PSM
ادروس بن هارون
Peguam Negara Malaysia ke-11
Memegang jawatan
6 Mac 2020
Yang di-Pertuan AgongAbdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Didahului olehTommy Thomas
Hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
28 November 2018 – 6 Mac 2020
Yang di-Pertuan AgongMuhammad V
Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Rayuan
Dalam jawatan
12 September 2014 – 26 November 2018
Yang di-Pertuan AgongAbdul Halim
Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Mahathir Mohamad
Butiran peribadi
Lahir (1955-02-02) 2 Februari 1955 (umur 65)
Sanglang, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
SaudaraAzhar Harun (adik)
PendidikanSMK Ayer Hitam
Kolej Sultan Abdul Hamid
Alma materUniversiti Malaya
AnugerahSenarai

Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Azizan @ Harun (Jawi: ادروس بن هارون; lahir 2 Februari 1955) ialah seorang peguam dan Peguam Negara Malaysia ke-11 dan terkini. Beliau dilantik sebagai peguam negara itu pada 6 Mac 2020.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Idrus dilahirkan di Kampung Sanglang, Kedah pada 2 Februari 1955. Beliau berkelulusan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dalam Kepujian di Universiti Malaya pada tahun 1980.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1980, Idrus memulakan kerjaya beliau sebagai pegawai undang-undang. Beliau pernah menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihan Raya.[3]

Pada 2014, Idrus telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga 2018 apabila pelantikan beliau sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018. Pada 6 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia bagi tempoh dua tahun sehingga 2022. Pelantikan ini berikutan kekosongan jawatan yang ditinggalkan pendahulunya, Tommy Thomas.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Idrus berasal dari keluarga besar sembilan adik beradik, yang dibesarkan di kawasan pedalaman Kedah, di Kampung Sanglang, Ayer Hitam. Bapa beliau ialah seorang ketua kampung manakala ibu beliau ialah seorang suri rumah.[4] Idrus juga merupakan abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun.[1] Rakan-rakan yang mengenali Idrus menggambarkan beliau sebagai "budak kampung" kerana mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Melayu.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Illah Hafiz Aziz (6 Mac 2020). "Idrus Harun Peguam Negara baharu ganti Tommy Thomas". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  2. ^ Norlaile Abd Rahman (6 Mac 2020). "Idrus Harun dilantik Peguam Negara". MalaysiaGazette. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  3. ^ a b Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (6 Mac 2020). "Idrus Harun dilantik Peguam Negara ganti Tommy Thomas". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  4. ^ a b "Idris Harun is new AG". Free Malaysia Today. 6 Mac 2020. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  5. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2007" (PDF).
  6. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2014" (PDF).
  7. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1997" (PDF).
  8. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2007" (PDF).
  9. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2013" (PDF).