Monogram
Monogram ialah gabungan beberapa aksara (termasuk huruf dan grafem) membentuk simbol atau logo tersendiri digunakan mewakili individu, kelompok atau syarikat tertentu.
Jenis[sunting | sunting sumber]
Terdapat dua jenis monogram yang lazim dipakai:
Monogram diraja[sunting | sunting sumber]
Gabungan huruf-huruf pertama nama seseorang raja atau ratu/permaisuri, putera-puteri atau kerabat terdekat dalam pertubuhan-pertubuhan penting dalam sesebuah negara beraja. Ia sering tertera bermahkota pada barang seharian yang boleh dilihat ramai menunjukkan kekuasaan dan perhubungan mereka seperti duit syiling[1][2] atau panji diraja (seperti di Thailand).
EK[sunting | sunting sumber]
Ada juga monogram yang dipakai individu tertentu untuk tujuan peribadi yang boleh dipakaikan pada baju (dalam bentuk kafling) atau barang lain seperti alat tulis.
Galeri contoh[sunting | sunting sumber]
Monogram Elizabeth II.
Monogram dipakai Al. Sultan Iskandar, Sultan Johor
Monogram Raja Maha Vajiralongkorn singkatan gelaran Bahasa Thai: วชิราลงกรณ ปรม ราชาธิราช Vajiralongkorn Parama Rajadhiraj
Monogram Johann Sebastian Bach, terdiri daripada huruf-huruf J, S dan B.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Coins Diarkibkan 2011-02-03 di Wayback Machine, at the Norges Bank website.
- ^ A commemorative €2 coin from Luxembourg carried the monogram of Grand Duke Henri.