Moses Ingram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Moses Ingram
Kelahiran
Monique Denise Ingram

(1994-02-06) 6 Februari 1994 (umur 30)
Pusat pendidikanBaltimore City Community College (AA)
Yale University (MFA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2018–kini

Monique Denise Ingram (lahir 6 Februari 1994), dikenali secara profesional sebagai Moses Ingram, ialah seorang pelakon Amerika. Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Jolene dalam siri mini Netflix The Queen's Gambit (2020), yang mana dia telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Cemerlang dalam Siri atau Filem Terhad atau Antologi, [1] dan sebagai Reva Sevander / the Third Sister dalam siri mini Disney+ Obi-Wan Kenobi (2022).

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ingram dibesarkan di Baltimore [2] dalam keluarga campuran berserta lima orang adik beradik; ibunya bekerja di pusat jagaan anak dan bapa tirinya ialah pekerja operasi bandar. Pada usia 10 tahun, ibu Ingram dan seorang guru di Windsor Hills Elementary mendaftarkannya dalam program teater selepas sekolah. [1] Beliau kemudiannya menghadiri Sekolah Seni Baltimore, [1] [3]dan menamatkan pengajian pada tahun 2012. [4]

Disebabkan oleh masalah kewangan, Ingram menolak tawaran untuk menghadiri Universiti Howard dan mendaftar di Kolej Komuniti Baltimore City pada tahun 2012. Walaupun Baltimore City tidak mempunyai program atau aktiviti drama, beliau digalakkan oleh penasihatnya untuk meneruskan lakonan serta menguji bakat untuk persembahan teater tempatan. Beliau juga melakukan beberapa kerja sambilan dan mengambil biasiswa bagi membiayai yuran pengajiannya. Beliau lulus dengan ijazah bersekutu. [1]

Pada tahun 2015, beliau memenangi pertandingan peringkat wilayah daripada Persatuan Seni dan Persuratan Kebangsaan, dan mendapat tempat keempat pada peringkat kebangsaan. Pemenang pertandingan itu, Jonathan Majors, menggalakkannya menguji bakat untuk Sekolah Drama Yale . Beliau diterima dengan sokongan biasiswa dan mendaftar di sekolah itu pada musim gugur tahun 2016. [1]

Sebelum memulakan pengajian di Yale, dia menamakan dirinya Moses. "Apabila kami sampai ke sekolah [Yale] mereka mahu kami mendaftarkan nama kami kerana ini adalah kali pertama nama kami akan dihebahkan supaya orang ramai dapat melihatnya. Dan sebelum saya sampai ke Yale, saya menghadapi masa yang agak sukar yang menyebabkan nama saya rasa tidak sesuai. Maka saya berdoa dan bertanya kepada Tuhan, 'Apakah ia? Saya tahu ia bukan nama saya sekarang, tetapi saya pasti ia wujud.' Dan beberapa hari kemudian, saya terdengar nama Moses dalam pikiran saya dan itulah ia." [5]

Beliau menerima Anugerah Princess Grace pada tahun 2018. [6] Pada tahun terakhirnya di Yale, Ingram menerima ulasan yang memberangsangkan untuk persembahan utamanya sebagai Viola dalam versi Afrosentrik "Twelfth Night." karya Shakespeare. [7] Beliau menamatkan pengajian dengan Sarjana Seni Halus pada Jun 2019. [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebulan selepas tamat pengajian, beliau mengikuti sebuah uji bakat di New York City untuk membintangi The Queen's Gambit dan mendapat watak Jolene, yang merupakan rakan Beth dari rumah anak yatim dalam siri itu. [1] [3] Untuk watak yang dimainkannya, beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Cemerlang dalam Siri atau Filem Terhad atau Antologi . [8]

Ingram seterusnya muncul dalam drama ensembel karya Peter Hedges The Same Storm [9] dan sebagai Lady Macduff dalam The Tragedy of Macbeth karya Joel Coen, [10] yang ditayangkan di Festival Filem New York pada September 2021. Beliau telah berlakon dalam Ambulans arahan Michael Bay, [11] Hasil pencalonannya dalam anugerah Emmy dan watak-watak tersebut, Variety telah menamakan beliau sebagai salah seorang daripada sepuluh pelakon untuk ditonton untuk 2021. [12]

Ingram muncul dalam siri mini spin-off Disney+ Star Wars Obi-Wan Kenobi sebagai Reva Sevander / the Third Sister, seorang Inquistor yang bekerja untuk memburu Jedi yang masih hidup selepas Order 66. Untuk wataknya sebagai Reva Sevander dalam siri itu, Ingram menerima ratusan mesej langsung di Instagram yang mengandungi ancaman bunuh dan bersifat perkauman yang segelintirnya didedahkan pada 31 Mei 2022. Hal ini mendorong Disney dan rakan sekerja Ingram, termasuk Ewan McGregor, untuk mempertahankannya. [13] [14] McGregor, dalam video yang disiarkan ke akaun media sosial rasmi Star Wars, menggelar mesej kesat itu "mendahsyatkan" dan berkata bahawa "jika anda menghantar mesej buli kepadanya, anda bukan peminat Star Wars dalam fikiran saya". [15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2018 Candace Charlie filem pendek
2021 The Same Storm Audre Robinson
The Tragedy of Macbeth Lady Macduff
2022 Ambulance Amy Sharp

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2020 The Queen's Gambit Jolene Minisiri, 4 episod
Dicalonkan - Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Pembantu Cemerlang dalam Siri atau Filem Terhad atau Antologi
2022 Obi-Wan Kenobi Reva Sevander / The Third Sister Siri terhad Disney+

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Tempat
2019 Twelfth Night Viola Yale Repertory Theatre

Penulis[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2020 Day 74

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Alexander, Keith L. (February 25, 2021). "'Queen's Gambit' actor Moses Ingram's unrelenting journey from West Baltimore to Hollywood". The Washington Post. Dicapai pada September 21, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Alexander 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Ray-Harris, Ashley (December 31, 2020). "Moses Ingram Has The Answers To Your The Queen's Gambit Questions". Elle.
  3. ^ a b Bjornson, Greta (October 26, 2020). "All About Moses Ingram, Jolene from 'The Queen's Gambit' Cast". Decider. Dicapai pada February 1, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Bjornson 2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Moses Ingram '12 Talks about Her Time at BSA". Baltimore School for the Arts. March 24, 2021. Dicapai pada 13 May 2021.
  5. ^ "Moses Ingram on her Debut role as Jolene in "The Queen's Gambit"". Dicapai pada 31 May 2022.
  6. ^ "Two Yale students honored with Princess Grace Awards". YaleNews. August 1, 2018. Dicapai pada February 2, 2021.
  7. ^ "Review "Twelfth Night" at Yale Repertory Theatre". OnStage Blog. March 27, 2019. Dicapai pada June 1, 2022.
  8. ^ Zornasa, Laura (August 25, 2021). "Moses Ingram Knows You Wanted More of Her in 'The Queen's Gambit'". The New York Times. Dicapai pada September 21, 2021.
  9. ^ Hammond, Pete (September 3, 2021). "Peter Hedges On Bringing His Pandemic-Shot Zoom Drama 'The Same Storm' To Telluride Film Festival". Deadline. Dicapai pada September 24, 2021.
  10. ^ Sneider, Jeff (January 15, 2020). "Newcomer Moses Ingram Joins Denzel Washington in Joel Coen's 'Macbeth'". Collider.
  11. ^ D'Alessandro, Anthony (January 21, 2021). "Garret Dillahunt, A Martinez, Keir O'Donnell & Moses Ingram Join Michael Bay's 'Ambulance'". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2021. Dicapai pada February 13, 2021.
  12. ^ Riley, Jenelle (September 1, 2021). "Variety Announces 10 Actors to Watch for 2021". Variety. Dicapai pada September 24, 2021.
  13. ^ Asmelash, Leah (June 1, 2022). "'Star Wars' calls out racism after attacks on Moses Ingram". CNN. Dicapai pada June 2, 2022.
  14. ^ Pulliam-Moore, Charles (May 31, 2022). "Star Wars stands with Obi-Wan Kenobi's Moses Ingram amid racist fan backlash". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 1, 2022.
  15. ^ Cain, Sian (June 1, 2022). "Disney and Ewan McGregor condemn 'horrendous' racism sent to Obi-Wan Kenobi star Moses Ingram". The Guardian. Dicapai pada June 2, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]