Motel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Motel di Australia.

Perkataan motel merupakan gabungan daripada perkataan 'motorist' dan 'hotel'. Perkataan ini telah dimasukkan ke dalam kamus setelah perang dunia kedua. Motel dirancang untuk penunggang motorsikal yang perlu berhenti pada malam hari, dengan tempat parkir yang cukup luas untuk kenderaan mereka. Pada awalnya, motel terdiri di atas satu bangunan dengan ruangan-ruangan yang berhubungan dengan pintu-pintu yang menghadap ke tempat parking.

Konsep motel berasal dari Amerika Syarikat dengan berkembangnya sistem jalan raya. Terdapat kesukaran untuk hotel yang lebih jauh dan lebih mudah dicari untuk tinggal selama semalam saja. Motel dibina dengan hanya menawarkan kemudahan-kemudahan sederhana sahaja. Tetamu disediakan bilik tidur dan makanan. Motel tidak memiliki kemudahan-kemudahan mewah yang dapat dijumpai di hotel-hotel. Pekerja di motel biasanya hanyalah resepsi dan beberapa pembantu bertugas yang menangani pemeliharaan motel tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]