Motorola RAZR²

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
RAZR 2
PengilangMotorola
Ketersediaan mengikut rantauJulai 2007 (V8)

September 2007 (V9)

Jun 2007 (V9m)
Penjadi rupaTelefon lipat
Ukuran103 mm× 53 mm × 11.9 mm (V8, V9m) 103 mm × 53 mm × 13.3 mm (V9)
IngatanSehingga 2 GB
BateriBateri jenis Li-ion

740 mAh (V8 & V9m) 950 mAh (V9)

(3 – 5 jam)
PaparanLCD 2.2" (QVGA 320 × 240) warna 262k (V8, V9) atau 64k (V9m)
Paparan luarLCD 2.0" (QVGA 320 × 240) warna 262k (sensitif sentuhan)
Kamera belakang2.0 megapiksel
KetersambunganBluetooth Class 2 version 2.0, micro-USB hi-speed
Masukan dataPad kekunci

Motorola RAZR 2 adalah telefon bimbit susulan kepada RAZR dari Motorola. Ia mempunyai dua versi, V8 dan V9.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Meskipun diserlahkan pada telefon bimbit ini, teknologi seperti CrystalTal (panggilan lebih berada di suasana bising) ciptaan khas Motorola, sokongannya terhadap empat gelombang utama rangkaian telekomunikasi dan pelayar HTML masih menjadi kekuatan model ini.

Ditambah pula kamera beresolusi 2.0 megapiksel dan boleh zum sehingga lapan kali serta merakam video sehingga dua jam untuk menjadikannya sebagai taruhan Motorola. Telefon bimbit memudahkan pelayaran laman web ini memiliki skrin luar bersaiz 2.0 inci manakala skrin dalamnya sebesar 2.2 inci memiliki resolusi dua kali lebih berbanding yang asal.

Pemindahan maklumat termasuk gambar atau video mudah dilakukan kerana ia diperkuatkan pelabuh USB 2.0 dengan kelengkapan Windows Media Player 11 membenarkan capaian kepada 200 kedai muzik atas talian seperti MTV Urge, Yahoo dan Napster.

Motorazr2 V8 Edisi Mewah[sunting | sunting sumber]

Motorazr2 V8 Edisi Mewah diselaputi emas 18 (kekunci navigasi) dan 24 karat (medalion) dan diperkemas sentuhan seakan kulit ular pada bahagian belakang serta logonya.