Pergi ke kandungan

Kamera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamera

Kamera (Jawi: كاميرا) ialah alat optik yang digunakan untuk menangkap imej dipantulkan cahaya dari objek atau pemandangan sebagai sekeping gambar tunggal yang pegun, atau sederet gambar yang keluar berturut-turut dan ternampak seperti bergerak seperti wayang gambar atau video.

Gambar yang ditangkap kamera-kamera dahulu akan didedahkan kepada gulungan jalur filem mengandungi sebatian kimia yang bertindak balas dengan cahaya menghasilkan tompok-tompok gelap menyerupai pemandangan yang dihalakan.[1] Kamera-kamera digital pula menyimpan gambar ditangkap menjadi fail-fail dalam kad simpanan yang boleh dihantar ke dalam komputer untuk disalin atau dicetak.[2]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama alat ini berasal daripada ungkapan bahasa Latin camera obscura yang bermaksud "bilik gelap" menggambarkan fenomena bayangan yang dipancarkan dari luar ke dalam sebuah bilik yang gelap melalui suatu lubang kecil ditebuk, sambil gambar tersebut dilihat terbalik. Fenomena ini diterangkan masyhurnya oleh ilmuwan Islam Ibnu Haitham dalam "Makalah Gambaran Gerhana" (مَقَالَة فی صُورَة ‌الکُسُوف Maqālah fī Surat al-Kusūf, 1025 TM) menerangkan pemerhatian gerhana matahari yang dapat dilihat dalam suatu "rumah" kecil[a] yang digelapkan[b] serta mengira titik tumpu yang menghasilkan gambaran akhir gerhana dalam rumah kecil ini di mana gambarnya semakin lebar sambil lubang tebuk semakin membesar.[3] Buku Kitab al-Manāẓir yang dikarang beliau 2 tahun kemudian memberi kefahaman kejadian ini diakibatkan pancaran cahaya yang bergerak lurus.[4] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[5]

Rajah jalan cahaya melalui lubang tebukan jarum dilakar Ibnu Haitham dalam Kitab al-Manāẓir

Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Jenama kamera

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Galeri kamera

[sunting | sunting sumber]
  1. kata asal dalam bahasa Arab: بَيْت bayt
  2. مُظلِم muẓlim
  1. Krise, Keith Michael; Williams, Scott A. (2024). "The Chemistry of Developing Photographs". Celebrating Chemistry. Persatuan Kimia Amerika Syarikat. m/s. 4.
  2. O'Haver, Tom (2005). Digital Photo File Basics (PDF). University of Maryland Division of Information Technology. m/s. 1.
  3. Raynaud, Dominique (2016). A Critical Edition of Ibn al-Haytham’s On the Shape of the Eclipse: The First Experimental Study of the Camera Obscura. Springer. ISBN 978-3-319-47991-0.
  4. A. Mark Smith, ed. & trans., “Alhacen’s Theory of Visual Perception: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of the First Three Books of Alhacen’s De Aspectibus, the Medieval Latin Version of Ibn Al-Haytham’s Kitāb Al-Manāẓir,” Transactions of the American Philosophical Society, 91, 4 Diarkibkan 21 Julai 2018 di Wayback Machine5 Diarkibkan 19 Ogos 2019 di Wayback Machine (2001): i–clxxxi, 1–337, 339–819 at 379, paragraph 6.85.
  5. Explanatory Notes (section) of David Constantine's 1994 translation of Goethe's Elective Affinities, Oxford University Press.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]