Mozilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mozilla ialah sebuah masyarakat perisian bebas terkenal dengan pelayar web Firefox. Masyarakat Mozilla mengguna, membangun, mengedar dan menyokong produk-produk Mozilla, dan bekerja untuk memajukan matlamat-matlamat Web Terbuka yang terkandung dalam Mozilla Manifesto.[1] Masyarakat disokong secara institusinya oleh Yayasan Mozilla dan subsidiari yayasan, Perbadanan Mozilla.[2]

Selain pelayar Firefox, Mozilla juga mengeluarkan Firefox Mobile, sistem pengendalian perantai mudah alih Firefox OS, sistem pengesan pepijat Bugzilla dan beberapa projek lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Februari 1998, Netscape mewujudkan satu projek yang digelar Mozilla' (sempena nama kod pelayar Netscape Navigator yang—mengikut Pascal Finette—ialah campuran Mosaic Killer (pembunuh pelayar web "Mosaic") bagi mengkoordinasi pembangunan Mozilla Application Suite, versi sumber terbuka perisian Internet Netscape, Netscape Communicator.[3][4] Jamie Zawinski mendakwa yang beliau meula-mula mengsyorkan nama "Mozilla" pada satu mesyuarat satf Netscape.[5][6] Satu kumpulan kecil pekerja Netscape ditugaskan bagi mengadakan koordinasi dengan masyarakat baharu itu.

Pada asalnya Mozilla menyasar menjadi satu pembekal teknologi syarikat-syarikat seperti Netscape yang kemudiannya akan memperdagangkan kod sumber terbuka mereka.[7] Yayasan Mozilla dilancarkan sebagai pengawas sah projek apabila AOL (syarikat induk Netscape) mengurangkan dengan drastik penglibatannya dengan Mozilla pada bulan Julai 2003.[8] Sejurus selepas itu, Mozilla mengecam (deprecate) Mozilla Suite dan membuat keputusan membina aplikasi yang berdiri sendiri mengikut fungsi: pelayan web Firefox dan perisian pelanggan e-mel Thunderbird.[9]

Perisian[sunting | sunting sumber]

Firefox[sunting | sunting sumber]

logo Firefox

Firefox ialah pelayar web dan merupakan produk perisian utama Mozilla. Ia terdapat dalam versi atas meja dan mudah alih. Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko untuk memaparkan halaman web. Enjin ini melaksanakan piawai semasa dan piawai web termaju.[10] Setakat Julai 2012, Firefox menguasai 24% penggunaan pelayar web sejagat, menjadikan pelayar web yang ketiga banyak digunakan.[11][12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mozilla Manifesto". Mozilla.org. Dicapai pada 2012-03-21.
  2. ^ "About the Mozilla Corporation". Mozilla Foundation.
  3. ^ "Netscape Announces mozilla.org, a Dedicated Team and Web Site Supporting Development of Free Client Source Code". Netscape. Dicapai pada 2012-08-21.
  4. ^ "Mac vendors ponder Netscape gambit". Macworld. 1 May 1998. Dicapai pada 19 August 2012.[pautan mati kekal]
  5. ^ Zawinski, Jamie (1996). "nscp dorm". Dicapai pada October 12, 2007.
  6. ^ Dave Titus with assistance from Andrew Wong. "How was Mozilla born".
  7. ^ "Introduction to Mozilla Source Code". Mozilla. Dicapai pada 18 August 2012. However, mozilla.org wants to emphasize that these milestones are being produced for testing purposes only.
  8. ^ "mozilla.org Announces Launch of the Mozilla Foundation to Lead Open-Source Browser Efforts". Dicapai pada 18 August 2012.
  9. ^ Eich, Brendan (April 2, 2003). "mozilla development roadmap". Mozilla. Dicapai pada August 2, 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ "Gecko Layout Engine". download-firefox.org. July 17, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-28. Dicapai pada May 10, 2012.
  11. ^ "Web Browser Market Share Trends". W3Counter. Awio Web Services LLC. Dicapai pada May 10, 2012.
  12. ^ "Top 5 Browsers". StatCounter Global Stats. StatCounter. Dicapai pada May 10, 2012.
  13. ^ "Web browsers (Global marketshare)". Clicky. Roxr Software Ltd. Dicapai pada May 10, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]