Gecko (enjin susun atur)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gecko
PembangunMozilla Foundation / Mozilla Corporation
Keluaran stabil
1.9.2.13 / 9 Disember 2010 (2010-12-09)
Keluaran pralihat
2.0b8 / 22 Disember 2010 (2010-12-22)
Repositori Sunting ini di Wikidata
Bahasa pengaturcaraanC++
Sistem pengendalianCross-platform
JenisEnjin susun atur
LesenMPL/GPL/LGPL
Tapak webdevmo:Gecko

Gecko merupakan enjin susun atur pelayar web bebas dan terbuka yang digunakan dalam semua perisian berjenama Mozilla dan terbitannya termasuklah keluaran Netscape yang terkemudian (telah dihentikan). Ditulis dalam C++ dan dilesenkan di bawah tri-lesen MPL/GPL/LGPL, Gecko dirangka untuk menyokong piawaian Internet terbuka. Asalnya dicipta oleh Netscape Communications Corporation, pembangunannya kini diselia oleh Yayasan Mozilla.

Gecko menawarkan banyak pengaturcaraan API yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai fungsi dalam penggunaan Internet seperti pelayar web, penyampaian kandungan dan pelanggan/pelayan[1]. Ia terutamanya digunakan oleh derivatif pelayar Mozilla, seperti Firefox, Camino, Flock, SeaMonkey, K-Meleon dan Netscape, untuk memaparkan tapak web dan, dalam sesetengah kes, antara muka pengguna penggunaan yang ditulis dalam XUL. Gecko bersifat pelantar silang dan boleh digunakan pada beberapa sistem pengendalian berlainan, termasuklah Microsoft Windows, BSD, Linux dan Mac OS X.

Gecko ialah enjin susun atur yang kedua paling popular di Web, selepas Trident (digunakan oleh Internet Explorer untuk Windows sejak versi 4), dan diikuti oleh WebKit (digunakan oleh Safari & Google Chrome) dan Presto (digunakan oleh Opera).


Kritikan[sunting | sunting sumber]

Antara sebab utama slower market share adoption adalah complexity kod punca Gecko yang bertujuan memberi lebih banyak daripada hanya sebuah HTML renderer untuk pelayar web.[2][3][4] Enjin Gecko juga menawarkan sebuah versatile XML-based user interface rendering framework yang dipanggil XUL yang telah banyak digunakan dalam mel, newsgroup dan perisian lain. Satu lagi sebab much of the complexity in Gecko adalah kegunaan XPCOM, sebuah model komponen antara platform. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Embedding Mozilla
  2. ^ Mike Shaver (2003-01-08). "Designate contact sierra-five". Shaver: Noise from signal. self-published. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada 2009-09-06.
  3. ^ David Baron (2003-01-09). "Thursday 2003-01-09". David Baron's weblog. self-published. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada 2009-09-06.
  4. ^ Paul Festa (2003-01-14). "Apple snub stings Mozilla". CNET Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada 2009-09-06.
  5. ^ Jorge O. Castro (June 15, 2004). "Ars Technica sits down with Scott Collins from Mozilla.org". Ars Technica.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]