Mualaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mu'allaf)

Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi orang Kafir yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau Islam warisan yang imannya masih perlu disokong dan dikukuhkan. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan agama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.

Islam sebagai agama yang prihatin, awal-awal lagi telah memberi jaminan bahawa orang memeluk Islam, kini dianggap sebagai bersaudara dan perlu dibantu. Dengan itu mereka kini dikenali sebagai saudara baru yang nasib mereka perlu dibela sehinggalah mereka boleh berdikari.

Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada Saudara Baru yang kini dianggap sebagai saudara dalam agama, terutama dalam bentuk bantuan kebajikan, moral, kewangan dan pembelajaran. Ianya hendaklah bermula dari seawal proses pengislamannya sehinggalah kepada pengurusan kematiannya. Ini semua merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia[sunting | sunting sumber]

1. Berkhatan

Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.

2. Sebutan Saudara Baru

Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat. Ini disebabkan salah faham kerana Islam telah menganggap penganutnya bersaudara, oleh itu panggilan saudara baru merujuk kepada mereka yang baru menjadi saudara-saudara seIslam. Sebagai seorang yang kini dianggap sebagai saudara, mereka perlu dialu-alukan dan dibantu mendalami ajaran Islam.

3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga

Seseorang Saudara Baru tidak akan terputus hubungan kekeluargaan dengan keluarga asal. Mereka boleh bergaul sepertibiasa, cuma perlu menjaga perkara yang ada hubung kait denganhukum-hakam yang telah ditetapkan dalam Islam. Sungguhpun begitu terdapat dikalangan mereka yang memeluk agama Islam yang telah disisihkan oleh keluarga asalnya yang masih belum memeluk Islam. Apabila ini berlaku, golongan Saudara Baru akan merasa tersisih dan menganggap bahawa segala keperluan dan kebajikannya mula terabai. Islam sebagai agama yang prihatin, awal-awal lagi telah memberi jaminan kepada Saudara Baru dan ahli keluarganya yang turut memeluk Islam, bahawa nasib mereka akan dibela hinggalah mereka boleh berdikari. Oleh sebab itu Islam telah menyenaraikan mereka di kalangan lapan asnaf yang layak menerima zakat.[1]

Sastera[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Dr.Husein Sahata, Kaedah Agihan Zakat Harta: Pengertian, Sistem dan Agihannya,Dar el-Syuruq Kaherah, Mesir, 2003, ISBN 983-159-081-3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-03-28. Dicapai pada 2013-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.