Kafir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian dari siri
Islam & Iman

Individu
Kumpulan
Istilah

Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). [1]

Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kalimat kafir berakar kata dari K-F-R (Kaf-Fa-Ra) yang bermaksud "menutup". Pada zaman sebelum Islam istilah tersebut digunakan untuk para petani yang sedang menanam benih diladang, menutup/mengubur dengan tanah. Sehingga kalimat kāfir dapat dimplikasikan menjadi "seseorang yang bersembunyi atau menutup diri". Dalam bahasa Islam, kāfir sebuah kata yang digunakan untuk mejabarkan seseorang yang menolak/ tidak memeluk agama Islam.

Jadi menurut ajaran Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa maksud, iaitu:

  • Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mahu membaca syahadat,
  • Orang Islam yang tidak ingin solat,
  • Orang Islam yang tidak ingin puasa,
  • Orang Islam yang tidak ingin berzakat.

Kata Kafir dalam Al-Qur'an[sunting | sunting sumber]

Di dalam Al-Qur'an, kitab suci agama Islam, kata kafir dan variasinya digunakan dalam beberapa penggunaan yang berbeza [2]:

  • Kufur at-tauhid (Menolak tauhid): Dialamatkan kepada mereka yang menolak bahawa Tuhan itu satu.
Sungguh orang-orang kafir (yang tak akan beriman), sama sahaja bagi mereka. Samada kamu memberi amaran kepadanya atau tak kamu beri amaran kepadanya, mereka tetap tak pula akan beriman. (Al-Baqarah ayat 6)
  • Kufur al-ni`mah (mengingkari nikmat): Dialamatkan kepada mereka yang tidak mahu bersyukur kepadaTuhan
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku (la takfurun). (Surah Al-Baqarah ayat 152)
  • Kufur at-tabarri (melepaskan diri)
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu (kafarna bikum)..." (Surah Al-Mumtahanah ayat 4)
  • Kufur al-juhud: Mengingkari sesuatu
..maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar (kafaru) kepadanya. (Surah Al-Baqarah ayat 89)
  • Kufur at-taghtiyah: (menanam/mengubur sesuatu)
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani (kuffar)(Surah Al-Hadid 20)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris) IslamOnline.net, Shariah, Life Fatwa [1]
  2. (Inggeris) IslamOnline.net Defining the Kafirs [2]