Muhamad Razak Idris
Dr. Muhamad Razak Idris Ph.D | |
---|---|
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Menyandang jawatan Januari 2023 | |
Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2011 | |
Didahului oleh | Yusri Mohamad |
Digantikan oleh | Amidi Abdul Manan |
Dr Muhamad Razak Idris ialah seorang aktivis kemanusiaan dan agamawan di Malaysia. Beliau ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia[1] dari 2009 hingga 2011.[2] Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Naim Mokhtar bermula Januari 2023.[3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Muhamad Razak berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan. Beliau ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 2005.[2] Beliau menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999. Kemudian beliau memperoleh sarjana di Universiti Juba, Khartoum, Sudan pada 2003. Beliau melanjutkan pengajian kedoktoran di Universiti Melbourne, Australia dari 2006 hingga 2010.[2]
Penulisan
[sunting | sunting sumber]Muhamad Razak ada menulis beberapa buah buku, seperti[4]:
- Idris, Muhamad Razak (2016). Politikal Islam Dan Persimpangan Masa Depan. Ilham Books. ISBN 978-967-130-976-4 Check
|isbn=
value: checksum (bantuan). - Muhamad Razak Idris; Asma Hakimah Ab Halim; Lathifah Ulfa Ismail (2017). Ilmuwan Pencerah Umat: Misi dan Wawasan dalam Kebangkitan Islam di Alaf Baharu. Institut Darul Ehsan. ISBN 9789672066187.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Najib: Umno tak lemah hingga perlukan PAS". Malaysiakini. 2010-07-14. Dicapai pada 2023-12-13.
- ^ a b c "Dr Muhamad Razak Idris". Yayasan Takmir (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-13.
- ^ "13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia hari ini". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-12-13.
- ^ "Muhamad Razak Idris". www.goodreads.com. Dicapai pada 2023-12-13.