Mutassim Gaddafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mutassim Gaddafi
مُعْتَصِمٌ بِٱللهِ ٱلْقَذَّافِيّ
National Security Advisor of Libya
Dalam jawatan
2008-2011
Butiran peribadi
LahirDecember 18, 1974
Tripoli, Libya
Meninggal dunia20 October 2011 (berumur 36–37)
Sirte, Libya
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanLibya Libyan Arab Jamahiriya
Perkhidmatan/
cawangan
Libyan Army
Tahun perkhidmatan2011
PangkatLieutenant Colonel
PerkhidmatanBrega
Pertempuran2011 Libyan civil war
* Battle of Sirte

Mutassim Gaddafi adalah anak Presiden Libya , Muammar Gaddafi. Presiden Libya , Muammar Gaddafi berjaya dijatuhkan selepas Perang saudara Libya 2011. Anak Ghadaffi, Saadi menyatakan bapanya Muammar Gaddafi dan Mutassim ditemui terbunuh dalam serangan di Sirte. Dia mempunyai gaya hidup playboynya dan membelanjakan berjuta-juta wang untuk melemparkan parti dan mengupah penyanyi-penyanyi antarabangsa seperti Jon Bon Jovi, Beyonce, Mariah Carey dan lebih ramai lagi.

Berjaya ditangkap[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Oktober 2011, Mutassim Gaddafi berjaya ditangkap di kampung halamannya di Sirte, Libya oleh tentera peralihan Libya. Penasihat Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdelkarim Bizama menjelaskan bahawa Mutassim di bawa ke Benghazi kerana mengelak keluarga dan saudaranya yang cuba membebaskannya. [1]

Stesen televisyen Libya, Arrai TV menyiarkan video ringkas menunjukkan Mutassim berjambang, memakai jaket putih tidak berlengan dengan kesan darah dapat dilihat pada seluarnya, sambil duduk di atas tilam di dalam sebuah bilik.Mutassim juga dilihat berulang kali mengesat hidungnya yang berdarah dan luka lain dengan tisu dalam video ringkas itu. Gambar itu sebelum Mutassim dibunuh. Rakyat Libya meraikan pembebasan negara Libya dari cengkaman diktator Muammar Gaddafi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]