Muzium Sejarah Tempatan Melitopol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melitopol Museum of Local History
Мелітопольський краєзнавчий музей
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1900 (1900)
Saiz koleksi
Social history, art, archaeology, natural science, numismatics
Maklumat pentadbiran
PengasasD. Serdyukov
PengarahLeila Ibragimova
Maklumat geografi
Lokasi
Koordinat46°50′43″N 35°22′53″E / 46.84528°N 35.38139°E / 46.84528; 35.38139Koordinat: 46°50′43″N 35°22′53″E / 46.84528°N 35.38139°E / 46.84528; 35.38139
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Sejarah Tempatan Melitopol (Bahasa Ukraine : Мелітопольський краєзнавчий музей) ialah sebuah muzium yang terletak di Melitopol, Ukraine. [1] Muzium ini mempamerkan objek-objek yang berkaitan dengan sejarah dan budaya di rantau ini. Muzium ini terletak di bekas Chernikov Mansion yang dibina pada tahun 1913. Sehingga tahun 2022 pengarah muzium ini ialah Leila Ibragimova.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Koleksi muzium ini bermula sejak tahun 1900, apabila Melitopol Zemstvo membeli koleksi 180 ekor burung bertakdermi dengan harga 750 rubel. Pada tahun 1910, koleksi Zemstvo tersebut telah digabungkan dengan koleksi Realschule Melitopol (sebuah sekolah di Melitopol). Pada 1 Mei tahun 1921, Muzium Wilayah Melitopol dibuka di sebuah bangunan di Jalan Dzerzhinsky dan pengarah pertama muzium itu ialah seorang guru yang bernama D. Serdyukov. [2]

Sehingga tahun 1928, muzium ini mempunyai tiga bilik kecil dan sebuah koridor sahaja. Tiga bilik tersebut mempamerkan kesemua koleksi, termasuk sejarah dan alam semula jadi, serta jabatan etnografi dan arkeologi. Walaupun muzium itu mempunyai banyak bahan pameran, kekurangan ruang dan penyusunan bahan muzium yang tidak sistematik menyukarkan akses kepada koleksi itu, menurut pengarah muzium IP Kurylo-Krymchak. [3]

Pada awal 1930-an, Kurylo-Krymchak telah melancarkan kerja pemuliharaan yang meluas, melindungi rizab alam semula jadi di Pryazovia Utara daripada digunakan untuk aktiviti pertanian, sekaligus memusnahkan sebarang baham bersejarah yang masih tersembunyi disitu. Bagaimanapun, pada Januari 1935, dia telah dipecat dari muzium dan ditangkap. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau dilantik sebagai datuk bandar Melitopol oleh orang Jerman dan meneruskan kerja pemuliharaannya di muzium itu, sekali lagi sebagai pengarahnya. [4]

Pada tahun 1967, muzium tersebut telah berpindah ke sebuah bekas rumah agam dengan gaya Chernikov yang terletak di Jalan Karl Marx (sekarang dikenali sebagai Jalan Mykhailo Hrushevsky). Dari tahun 1971, pengarah muzium tersebut ialah BD Mikhailov. Pada tahun 1972, diorama "Serangan oleh tentera Soviet di barisan Wotan pada Oktober 1943" telah dicipta di muzium tersebut. [4]

Pada 10 Mac tahun 2022, selepas serangan Rusia ke atas bandar itu, pengarah muzium, Leila Ibragimova, telah ditangkap di rumahnya dan telah dibawa tentera Rusia ke sebuah lokasi yang tidak diketahui untuk tahanan. [5] Tentera Rusia telah dilaporkan telah mencuri koleksi emas tinggalan pekuda Saka yang ditemui oleh ahli arkeologi setempat pada tahun 1950-an. Selain koleksi emas tersebut, tentera Rusia juga telah merompak sekurang-kurangnya 198 barang arkib seperti barangan emas, senjata lama yang jarang ditemui, syiling perak yang berusia berabad-abad tahun dan pingat khas dari koleksi pameran muzium tersebut, kata Ibrahimova. [6] [7] [8]

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Rumah agam tiga tingkat yang dimana muzium tersebut berada pada suatu masa dahulu dimiliki oleh pedagang bernama Ivan Chernikov dari Persekutuan Kedua dibina pada tahun 1913. Bahagian dalam bangunan telah dihias dengan mewah dengan stuko artistik. [9] Ivan Egorovich Chernikov telah dipilih sebagai pengerusi Majlis Bandaraya Melitopol sebanyak dua kali - dari tahun 1891 sehingga 1895, dan dari tahun 1901 sehingga 1905. Chernikov bersaudara juga memiliki sebuah rumah perdagangan yang khusus dalam membekalkan pengeluar Melitopol. Di tingkat pertama rumah agam Chernikov tersebut terdapat sebuah kedai yang menjual mesin jahit syarikat Amerika " Singer ", dan dua tingkat selebihnya merupakan kemudahan kediaman. [10]

Pada tahun 1917, keluarga Chernikov telah berhijrah ke Perancis. Dari Jun hingga Oktober tahun 1920, bangunan tersebut menempatkan ibu pejabat untuk General Wrangel. Pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, bangunan itu telah menempatkan sebuah kelab. Semasa Perang Dunia Kedua, rumah agam itu menempatkan pejabat komandan Jerman, dan selepas pembebasan Melitopol, ia menempatkan jawatankuasa parti Komunis dan Komsomol. Di tingkat bawah bangunan tersebut merupakan sebuah bank simpanan yang beroperasi untuk beberapa tahun. Pada tahun 1967 pihak berkuasa bandar memindahkan bangunan itu ke Muzium Sejarah Tempatan. [11]

Koleksi[sunting | sunting sumber]

Koleksi di Muzium Sejarah Tempatan Melitopol meliputi kira-kira 60,000 objek. Ia menempatkan koleksi unik emas Scythian pada abad keempat SM, yang diperoleh hasil daripada penggalian kurgan, sebuah lokasi di Melitopol. Muzium ini mempunyai koleksi numismatik, seperti wang syiling, resit purbakala dan pingat, token, meterai, lencana dan wang kertas. Kebanyakan koleksi tersebut diperolehi pada tahun 1986 hasil daripada penemuan secara kebetulan bahan-bahan koleksi syiling perak dari tahun 1895-1925. Terdapat juga koleksi tekstil yang mencerminkan ciri-ciri tersendiri dari pelbagai daerah Melitopol. Koleksi seni hiasan termasuk barangan perabot antik, porselin dan tembikar. Koleksi bertemakan alam semula jadi termasuk spesimen geologi, paleontologi, botani, zoologi dan entomologi dari sekitar Melitopol. [10]

Muzium ini juga mempunyai koleksi gambar, buku dan dokumen bersejarah yang merekodkan aspek kehidupan ekonomi, politik dan budaya Melitopol. Koleksi seni yang dipamerkan disitu termasuk karya daripada artis Alexander Grigoryevich Tishler, yang berasal dari bandar tersebut. [10] Satu lagi objek yang penting dalam koleksi pameran tersebut ialah Batu Memorial Doukhobor, yang dipercayai diukir pada abad kesembilan belas oleh Doukhobors semasa mereka sedang disingkirkan dari rumah mereka berhampiran Melitopol ke sebuah kampung di Bogdanovka (Starobogdanovka). [12]

Banyak daripada barangan koleksi di Muzium telah dirompak oleh tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Melitopol". www.encyclopediaofukraine.com. Dicapai pada 2022-03-10.
  2. ^ ""Просвіта"". 2013-10-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2013. Dicapai pada 2022-03-10.
  3. ^ Kuril-Krymchak Museum of  Local Lore of Melitopol region (Ukr.) //  Local lore  : scientific journal. - Kharkiv: Ukrainian Committee of Local Lore, 1928. - № 7-10. - P. 74.
  4. ^ a b "Образование, медицина, культура, спорт". 2013-09-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2013. Dicapai pada 2022-03-10.
  5. ^ "In occupied Melitopol, invaders kidnapped a deputy of regional council". Rubryka. 2022-03-10. Dicapai pada 2022-03-10.
  6. ^ "Russian invaders steal Scythian gold from Melitopol museum, Prosecutor General's Office of Ukraine says". english.nv.ua (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-11. Dicapai pada 2022-05-23.
  7. ^ Gettleman, Jeffrey; Chubko, Oleksandr (2022-04-30). "Ukraine says Russia looted ancient gold artifacts from a museum". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-05-23.
  8. ^ "Ukraine says Russian forces looted Melitopol museum of Scythian gold". UPI (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-30. Dicapai pada 2022-05-23.
  9. ^ Chukhraenko AA Stucco decorations of the building of the Museum of Local Lore // Melitopol Journal of Local Lore, 2018, №13, pp. 75-80 (in Russian).
  10. ^ a b c "Мелитопольский городской краеведческий музей - MGK Мелитополь". www.mgk.zp.ua. Dicapai pada 2022-03-10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ "Страница не найдена (404-я ошибка) / Мелитопольский краеведческий музей / Музейний простір. Музеї України та світу". prostir.museum. Dicapai pada 2022-03-10.
  12. ^ "Doukhobor Memorial Stone from the Village of Bogdanovka". Doukhobor Heritage (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-25. Dicapai pada 2022-03-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]