N'Ko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
N'Ko
200x400px
Jenisabjad
BahasaN'Ko
PenciptaSolomana Kante
Tempoh masa1949 hingga sekarang
Julat UnicodeU+07C0–U+07FF
ISO 15924Nkoo
Nota: Muka ini mungkin mengandungi simbol fonetik IPA.

N'Ko (ߒߞߏ - "saya berkata") adalah sistem tulisan untuk menuliskan bahasa-bahasa Manding terutamanya bahasa Mande,bahasa Bambara dan bahasa Jula di Afrika Barat.[1][2] Ia mirip tulisan abjad Arab, terutama arahnya dari kanan ke kiri serta sifat abjadnya yang saling menghubung, namun ia ada huruf berasingan untuk huruf vokal serta tanda nada sebutan yang lazim dalam rumpun bahasa Manding.

Aksara ini tidak sahaja memiawai semua bahasa serumpun Manding dituturi[1][2] malah dilihat sebagai antara sistem penulisan ciptaan terbaharu yang paling berjaya di rantau Afrika Barat[3] di mana ia menggalakkan kecelikan huruf dalam kalangan penutur bahasa Manding serata rantau tersebut bahkan menguatkan identiti budaya Manding.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aksara ini dikatakan muncul hasil ciptaan seorang pedagang dan guru bernama Solomana Kante pada tahun 1949 di Côte d'Ivoire[5] yang tercabar daripada suatu rencana akhbar dibaca yang menganggap kononnya bangsa Afrika bersifat tunabudaya kerana ketiadaan sistem penulisan asli Afrika pada ketika itu.[2][1] Sistem ini disebarkan melalui banyak penulisan ilmiah seperti sastera dan sains serta kamus [6] yang banyak dihadiahkan kepada banyak tetamu yang sebahasa dengannya dari serantau Afrika Barat.

Aksara ini pertama kali mendapat mesin taip direka khas dari Eropah Barat hasil hubungan pemerintah Guinea dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1950-an.[7]

Ia mula diterapkan dalam sukatan pendidikan sekolah-sekolah swasta Guinea Hilir pada awal 2000-an.[8]


Huruf aksara[sunting | sunting sumber]

Vokal[sunting | sunting sumber]

ɔ o u ɛ i e a
ߐ ‎ߏ‏ ‎ߎ‏ ‎‏ ‎ߍ ‎ߌ‏‏ ‎‎ߋ‏ ߊ‏
NKo Aw.svg NKo O.svg NKo Uh.svg NKo Eh.svg NKo E.svg NKo A.svg NKo Ah.svg

Konsonan[sunting | sunting sumber]

r d ch j t p b
ߙ ߘ ߗ ߖ ߕ ߔ ߓ
NKo R.svg NKo D.svg NKo Ch.svg NKo J.svg NKo T.svg NKo P.svg NKo B.svg
m l k f gb s rr
ߡ ߟ ߞ ߝ ߜ ߛ ߚ
NKo M.svg NKo L.svg NKo K.svg NKo F.svg NKo Gb.svg NKo S.svg NKo Rr.svg
n' y w h n ny
ߒ ߦ ߥ ߤ ߣ ߢ
NKo Ng.svg NKo Y.svg NKo W.svg NKo H.svg NKo N.svg NKo Ny.svg

Tanda nada[sunting | sunting sumber]

Nada tinggi Nada rendah Nada menaik Nada menurun
Vokal pendek Templat:Script/Nko Templat:Script/Nko Templat:Script/Nko (tiada)
Vokal panjang Templat:Script/Nko Templat:Script/Nko Templat:Script/Nko Templat:Script/Nko

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Eberhard, David; Simons, Gary; Fennig, Charles, para penyunting (2019). "N'ko". Ethnoloque. Dicapai pada June 12, 2019.
  2. ^ a b c Oyler, Dianne (Spring 2002). "Re-Inventing Oral Tradition: The Modern Epic of Souleymane Kanté". Research in African Literatures. 33 (1): 75–93. doi:10.1353/ral.2002.0034. JSTOR 3820930. OCLC 57936283.
  3. ^ Unseth, Peter. 2011. Invention of Scripts in West Africa for Ethnic Revitalization. In Fishman, Joshua; Garcia, Ofelia (2011). Handbook of Language and Ethnic Identity: The Success-Failure Continuum in Language and Ethnic Identity Efforts (Volume 2). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-983799-1.
  4. ^ Oyler, Dianne White (1994) Mande identity through literacy, the N'ko writing system as an agent of cultural nationalism. Toronto: African Studies Association.
  5. ^ Oyler, Dianne White (November 2005). The History of N'ko and its Role in Mande Transnational Identity: Words as Weapons. Africana Homestead Legacy Publishers. m/s. 1. ISBN 978-0-9653308-7-9.
  6. ^ Oyler, Dianne White (2001). "A Cultural Revolution in Africa: Literacy in the Republic of Guinea since Independence". The International Journal of African Historical Studies. 34 (3): 585–600. doi:10.2307/3097555. ISSN 0361-7882.
  7. ^ Rosenberg, Tina (9 Disember 2011). "Everyone Speaks Text Message". The New York Times Magazine. m/s. 20.
  8. ^ Wyrod, Christopher (January 2008). "A social orthography of identity: the N'ko literacy movement in West Africa". International Journal of the Sociology of Language. 2008 (192). doi:10.1515/ijsl.2008.033. ISSN 0165-2516. Parameter |s2cid= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]