Nadhirah Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadhirah Ghani
Nadhirah Ghani ketika penggambaran untuk Tunas Cipta
Nadhirah Ghani ketika penggambaran untuk Tunas Cipta
LahirSiti Nadhirah Abdul Ghani
(1993-05-04) 4 Mei 1993 (umur 30)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama penaNadhirah Ghani
PekerjaanPenulis, editor
BahasaBahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanAkademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
GenreNovel, cerpen, puisi
Tahun aktif2015 - sekarang
Laman web
nadhirahghani.com

Nadhirah Ghani atau nama penuhnya Siti Nadhirah Abdul Ghani merupakan pengarang di Malaysia. Beliau menulis secara aktif dalam genre novel dan cerpen. Beliau juga menghasilkan puisi secara eceran.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 4 Mei 1993, dan mendapat ijazah sarjana muda Pengajian Melayu (Linguistik Melayu) daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Selain latihan secara formal dalam bidang linguistik dan sastera daripada Universiti Malaya, Nadhirah juga mendapat latihan kepengarangan melalui Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2018.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, Nadhirah menerbitkan tiga buku serentak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada khalayak sastera. [1]

Selain menulis sepenuh masa, Nadhirah juga berkhidmat sebagai editor sambilan.

Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]

Hasil penulisan Nadhirah Ghani, dari tahun aktif (2015) sehingga kini:

Buku[sunting | sunting sumber]

  1. Pari-pari Suria (Nusa Centre, 2023). Novel. [2]
  2. Mr. Coach (Samudera Publications, 2023). Novel. [3]
  3. Sayap Malaikat Berdarah di Khan Younis (Samudera Publications, 2023). Kumpulan cerpen. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ al-Akiti, Fadli (2023-09-13). "Menjadi Manusia dengan Harapan-harapan Nadhirah Ghani". Dewan Sastera. Dicapai pada 2024-02-02.
  2. ^ "Pari-pari Suria". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
  3. ^ "Mr. Coach". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
  4. ^ "Sayap Malaikat Berdarah Di Khan Younis". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]