TikTok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
TikTok (斗音)
Tiktok logo text.svg
PembangunByteDance
Keluaran pertamaSeptember 2016; 4 tahun yang lalu (2016-09)
Diberhentikan15.0.4 / 1 Mac 2020
Sistem pengendalianiOS, Android
Saiz308.3 MB (iOS)[1]
55.21 MB (Android)[2]
Terdapat dalam40 bahasa[3]
Senarai bahasa
Pelbagai
JenisPerkongsian video
LesenPerisian hak milik with Syarat Penggunaan
Kedudukan Alexa 588 (Global, Januari 2020)[4]
Tapak sesawangtiktok.com

TikTok (Bahasa Cina: 抖音; Dǒuyīn) ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-sync, komedi, dan video bakat.[5] Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China. ByteDance mula melancarkan Douyin untuk pasaran China pada September 2016. TikTok dan Douyin adalah sama antara satu sama lain dan pada dasarnya ialah aplikasi yang sama, tetapi mereka menjalankan pelayan berasingan untuk mematuhi sekatan penapisan China. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync 3 hingga 15 saat[6][7] dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat. Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia.[8] TikTok boleh didapati di China sebagai Douyin; pelayannya berpusat di negara tempat aplikasi ini tersedia.[9]

TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini.[10][11] Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok, bersama-sama dengan Douyin, meraih satu bilion muat turun secara global, tidak termasuk pemasangan Android di China.[12] Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.[13]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2020, pihak kerajaan India telah mengharamkan aplikasi ini serta sekumpulan aplikasi China yang lain akibat kemerosotan hubungan China-India berkikutan insiden pertembungan China-India di sempadan Garis Kawalan Sebenar pada bulan itu.[14] Pengharaman ini juga disusuli dengan penurunan penerimaan TikTok di India seiring dengan seruan pemboikotan barangan-barangan China di situ.[15]

Pada bulan tersebut juga, aplikasi tersebut terbongkar memperoleh capaian kepada maklumat pengguna secara sulit setelah dibongkar oleh sistem beta versi terbaharu iOS pada masa itu, iOS 14 yang memberikan notifikasi apabila sesebuah aplikasi memperoleh capaian sedemikian.[15] Pihak TikTok telah mengemaskinikan aplikasi dan dilaporkan tidak lagi mengakses maklumat sebegitu.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "TikTok – Real Short Videos". App Store. Diarkib daripada yang asal pada 8 June 2019. Dicapai pada 30 April 2019.
  2. ^ "TikTok". Play Store. Diarkib daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 15 December 2018.
  3. ^ "TikTok - Make Your Day". iTunes. Diarkib daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada 3 December 2019.
  4. ^ "tiktok.com Competitive Analysis, Marketing Mix and Traffic - Alexa". alexa.com. Diarkib daripada yang asal pada 4 December 2019. Dicapai pada 2020-01-26.
  5. ^ Schwedel, Heather (2018-09-04). "A Guide to TikTok for Anyone Who Isn't a Teen". Slate Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-18.
  6. ^ Ltd, Guiding Media Pvt (2 October 2018). "Top 10 TikTok (Musical.ly) App Tips and Tricks". Guiding Tech (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  7. ^ "TikTok – Apps on Google Play". play.google.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 3 February 2019. Dicapai pada 20 November 2018.
  8. ^ "TikTok is fast becoming the most popular app in the world". The Industry Observer (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-04. Diarkib daripada yang asal pada 5 October 2019. Dicapai pada 2019-04-30.
  9. ^ "Forget The Trade War. TikTok Is China's Most Important Export Right Now". Buzz Feed News. 16 May 2019. Diarkib daripada yang asal pada 24 May 2019. Dicapai pada 24 May 2019.
  10. ^ "Tik Tok, a Global Music Video Platform and Social Network, Launches in Indonesia-PR Newswire APAC". en.prnasia.com. Diarkib daripada yang asal pada 25 September 2017. Dicapai pada 5 January 2019.
  11. ^ "How Douyin became China's top short-video App in 500 days – WalktheChat". WalktheChat. 25 February 2018. Diarkib daripada yang asal pada 29 March 2019. Dicapai pada 15 March 2018.
  12. ^ "TikTok Pte. Ltd". Sensortower. Diarkib daripada yang asal pada 24 May 2019. Dicapai pada 24 May 2019.
  13. ^ Rayome, Alison DeNisco. "Facebook was the most-downloaded app of the decade". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 18 December 2019. Dicapai pada 2019-12-18.
  14. ^ "Indian govt bans 59 Chinese apps: Is PUBG Mobile now banned in India?". Sportskeeda (dalam bahasa Inggeris). 29 Jun 2020. Diarkib daripada yang asal pada 2 Julai 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  15. ^ a b c "TikTok secretly accesses users' data, Apple catches it red-handed". BusinessToday.in. 29 Jun 2020. Diarkib daripada yang asal pada 2 Julai 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]