Pergi ke kandungan

Nadir Al-Nuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nadir Al-Nuri
Nadir pada 2025
Kelahiran
Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman

1987 (umur 37–38)
Scotland
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sabah
Universiti Islam Gaza
PekerjaanKetua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia
OrganisasiPersatuan Cinta Gaza Malaysia
PasanganReem Al-Minawi

Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman (lahir 1987), lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, ialah seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang pernah menetap di Semenanjung Gaza, Palestin.[1] Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang digelar Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM).[2] Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders. Beliau juga merupakan kolumnis bagi Harian Metro.[3] Pada 2025, beliau menjadi ahli jawatankuasa pemandu Flotilla Sumud Sejagat, dan ketua pengarah bagi sayap rantau Asia Tenggara, Sumud Nusantara.[4][5]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Nadir dilahirkan di Scotland pada 1987 ketika bapanya, Kamaruzaman Yusoff sedang melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran di sana.[6] Nadir mendapatkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN), Hulu Langat, Selangor dan kemudiannya ke Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya, Selangor.[perlu rujukan] Nadir melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Malaya dalam pengajian asasi sains,[7] sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang sains marin selama empat tahun.[8] Kemudian beliau mengambil pengajian diploma bahasa Arab di Damsyik, Syria[7] sebelum menyambung pengajian pada 2013 dalam bidang syariah di Universiti Islam Gaza.[1] Sejak 2013, beliau menetap di Gaza, Palestin[9] sehingga pulang ke Malaysia pada 2023.[10]

Kerja kemanusiaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, beliau menjadi anggota barisan keselamatan bagi Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS); dan Ketua Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria. Beliau juga menjadi setiausaha bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Syria. Selain itu. beliau pernah menjadi ketua penyelaras kempen “Roadshow Isu Syria; Dari Syam Kepada Alam” yang dianjurkan PPMS.[11]

Persatuan Cinta Gaza Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori Nadir giat meneruskan perjuangan dengan mengumpul dana bagi membina dan membangunkan semula Gaza, Palestin.[2] Sejak tahun 2014, Persatuan Cinta Gaza Malaysia giat mengumpul dan mengurus dana bagi pelaksanaan projek-projek di Gaza termasuklah bantuan Ramadan, musim sejuk, ibadah korban, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi. Sehingga kini, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah meluaskan lagi capaian bantuan ke beberapa buah negara lain seperti di Lubnan, Syria, Turkiye, Indonesia dan negara tanah airnya sendiri, Malaysia.[perlu rujukan]

Pertubuhan Pembela Al-Aqsa Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Nadir merupakan pengasas bersama dan pengerusi bagi gabungan badan bukan kerajaan di bawah Pertubuhan Pembela Al-Aqsa Malaysia (atau MyAqsa Defenders).[12][13]

#Aid4Palestine

[sunting | sunting sumber]

Nadir telah dipilih sebagai Duta Muhibah bagi Sekretariat Aid4Palestine[14], sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan Malaysia menerusi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bagi menyelaras bantuan daripada badan bukan kerajaan di Malaysia ke Palestin, pascaserangan awal ke atas Palestin dalam krisis Israel-Palestin 2021. Selain beliau, Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza turut dilantik.[15]

Misi flotila ke Gaza 2025

[sunting | sunting sumber]

Nadir bersama-sama rakan-rakan pertubuhan kemanusiaannya telah menyertai inisiatif kemanusiaan antarabangsa di bawah Flotila Sumud Sejagat (atau Global Sumud Flotilla). Dia menjadi ketua pengarah sayap rantau Asia Tenggara bagi misi ini, Sumud Nusantara dan menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pemandu bagi misi antarabangsa ini.[4]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nadir mendirikan rumah tangga dengan Reem Al-Minawi, seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak warga Palestin pada Mei 2016,[2][16] dan dikurniakan dua orang anak.[10]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Nadir al-Nuri (2023). Anak Melayu di Palestin: Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Bangi: Cinta Gaza Malaysia. ISBN 9786299752905.
  • Nadir al-Nuri (2022). Seinci Dari Kematian: Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Bangi: Cinta Gaza Malaysia. ISBN 9786299752905.
  • Nadir al-Nuri (2021). Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Palm Strategic Initiative Centre. ISBN 9789672568506.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Hassan, Muhammad Saufi (13 September 2016). "Siswa hero penduduk Gaza". Dicapai pada 20 Julai 2021.
  2. ^ a b c Ilah Hafiz Aziz (19 Jun 2016). "Nadir nikah balu pejuang Palestin, tanggung lima anak untuk mudah beramal". BHarian. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  3. ^ "Nadir Al-Nuri". Harian Metro. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  4. ^ a b Alias, Maslina (2025-09-02). "MISI MALAYSIA BEBAS GAZA BERMULA: 15 WAKIL SUMUD NUSANTARA BELAYAR DARI BARCELONA SERTAI FLOTILLA ANTARABANGSA". IKIMfm (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-09.
  5. ^ Malik, Mahaizura Abd (2025-09-01). "'Free Palestine' bergema, sukarelawan Sumud Nusantara belayar ke Gaza". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-09.
  6. ^ "Ustaz Muhammad Nadir Al Nuri | Aid4Palestine.org" (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-19. Dicapai pada 2025-09-10.
  7. ^ a b "Nadir Al-Nuri Lahir di Scotland, Anak Seorang Profesor, Kahwini Balu Syahid & Ada 7 Anak, Kehidupan Sederhananya Jadi Inspirasi!". www.nona.my. 2021-07-21. Dicapai pada 2025-09-10.
  8. ^ Hassan, Muhammad Saufi (2021-05-16). "Sebab rakyat Palestin bangkit". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.
  9. ^ Ibrahim, Mohd Firdaus (2018-05-07). "Nadir terpanggil ke bumi Gaza". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.
  10. ^ a b TARMIJI, MUHAMMAD FARID AHMAD (2023-10-30). "Maafkan aku wahai anakku..." Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-11.
  11. ^ "Human Rights Committee Webinar on Palestine and International Justice speaker" (PDF). Malaysian Bar. 25 Mei 2021. Dicapai pada 11 September 2025.
  12. ^ HUSAIN, NURUL HUDA (2022-04-26). "22 NGO kini sertai gabungan MyAqsa Defenders". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-09-09.
  13. ^ Omar Zin (14 Mei 2021). "MyAqsaDefenders dilancar, sasar RM10 juta bantu Palestin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  14. ^ "Sumbangan berjaya disalur kepada penduduk Gaza". Harakahdaily. 29 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-01. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  15. ^ Izwan (2021-05-29). "Perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.
  16. ^ Hamid, Amir Abd (2023-11-11). "8 hari tak dapat 'call' isteri, anak... Alhamdulillah mereka masih hidup - Nadir". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.