Universiti Malaysia Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Malaysia Sabah
马来西亚沙巴大学
اونيۏرسيتي مليسيا سابه

Logo-ums(normalbg).png
Moto Bertekad Cemerlang
Jenis Universiti Awam
Ditubuhkan pada 1994
Canselor Tun Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah
Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Bin Abdullah
Lokasi Kota Kinabalu, Sabah
Kampus Kota Kinabalu
cawangan di Labuan (Kampus Antarabangsa), Sandakan (Kampus Pertanian Lestari) dan Kudat (Kampus Perubatan Desa)
Penggabungan ASAIHL
Laman web www.ums.edu.my

Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Panorama UMS.

Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.

Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang terletak di Sikuati, Kudat menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan.

Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi.

Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.

Pada tahun 2010, UMS telah menubuhkan Pusat Asasi Sains yang dikenali sebagai Pusat Persediaan Sains dan Teknologi.

Lagu Universiti[sunting | sunting sumber]

Dewan Canselor UMS.
Canselori UMS

UMS Lambang Puncak Jaya
Pancaran Perjuangan Semangat Waja
Pembentuk Citra Pelindung Budaya
Memandu Bangsa Memaju Negara

Di Sini Dicanai Segala Fikiran
Di Sini Dikaji Segala Wawasan
Ilmu Iman Sumber Pedoman
Bakti Curah Kasih Budiman

Bayu Bertiup Nafasmu Sejati
Bumi Terhampar Tubuhmu Abadi
Samudera Biru Wajahmu Berseri
Suria Menyinar Tenagamu Murni

Kaulah Harapan Bangsa Maju
Kaulah Jambatan Nusa Bersatu
Berdiri Megah Gagah Bermutu
Menunjuk Arah Bakal Dituju

UMS Kaulah Tunggak Negara
Warisan Sejati Malaysia Tercinta
Bertekad Cemerlang Menjadi Budaya
Semoga Unggul dan Sejahtera

Lagu: Abdul Jamal Abd. Hamid
Lirik: Tuan Haji Salleh Haji Yusof

Akademik[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini terdapat 13 buah sekolah dan 9 buah institut kajian yang ditawarkan di UMS. Pada tahun 2014, penstrukturan 13 buah sekolah yang sedia ada telah dijadikan kepada 10 buah fakulti sejajar dengan transformasi akademik bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 UMS [1].

Fakulti (Sains)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Kejuruteraan (FKJ)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Kejuruteraan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Program prasiswazah yang ditawarkan adalah kejuruteaan awam, kejuruteran kimia, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan komputer, dan kejururteraan elektrik dan elektronik. Fakulti ini juga menawarkan program pascasiswazah dalam penyelidikan seperti Doktor Falsafah(Ph.D.), Sarjana Falsafah (MPhil.), Sarjana Kejuruteraan (MEng), dan Sarjana Sains (MSc.).

Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Sains dan Sumber Alam adalah hasil gabungan daripada Sekolah Sains dan Teknologi dan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa. Fakulti menawarkan empat belas (14) program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian sains biologi, sains kimia, fizik gunaan, matematik gunaan, sains sekitaran, sains bumi dan perhutanan.

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan(FSMP)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan dibuka pada tahun 1997. Antara program yang ditawarkan adalah sains makanan dan pemakanan, teknologi makanan dan bioproses, dan perkhidmatan makanan.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menawarkan dua program utama, iaitu doktor perubatan dan kejururawatan.

Fakulti Pertanian Lestari (FPL)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Pertanian Lestari dulu dikenali sebagai Sekolah Pertanian Lestari ditubuhkan pada 4hd Mei 2006. Lokasi terkini adalah di Sandakan, Sabah. Program yang ditawarkan oleh FPL adalah Pengeluaran Tanaman (HG34), Hortikultur dan Landskap (HG35), dan Pengeluaran Tanaman (HG36).

Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Komputeran dan Informatik dulu dikenali sebagai Sekolah Sains Informatik Labuan ditubuhkan pada Mei 1999.

Fakulti (Kemanusiaan)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan adalah hasil gabungan daripada Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pengajian Seni. FKSW menawarkan sembilan (9) buah program iaitu Komunikasi, Hubungan Industri, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Hubungan Antarabangsa, Geografi, Sejarah, Teknologi Seni Visual, Seni Kreatif dan Muzik.

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan , Universiti Malaysia Sabah (UMS) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Perniagaan dan Ekonomi telah ditubuhkan pada 1995. Antara program yang ditawarkan di FPEP adalah Keusahawanan (HE02), Pengurusan Kewangan dan Perbankan (HE06), Pengurusan Perhotelan (HE08), Perniagaan Antarabangsa (HE09), Pemasaran (HE10), Pengurusan Pelancongan (HP08), Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (HE07), Ekonomi Sumber Manusia (HE11) and Perakaunan (HE02).

Dari segi pengajian pascasiswazah, FPEP menyediakan pascasiswazah secara kursus:

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
  • Sarjana Pengurusan Modal Manusia (MHCM)
  • Sarjana Ekonomi (MEcons.)

secara penyelidikan

  • Doktor Falsafah (Ph.D),
  • Sarjana Perakaunan (MAcc.)
  • Sarjana Perniaangaan (MBuss.)
  • Sarjana Ekonomi (MEcons.)

Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Psikologi dan Pendidikan merupakan hasil gabungan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Program yang ditawarkan adalah:

Psikologi : Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling, Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga, Kerja Sosial

Pendidikan : Pendidikan dengan TESL, Pendidikan dengan Sains Sosial, Pendidikan dengan Sains, Pendidikan dengan Ekonomi, Penuguran Pendidikan, Sains Sukan

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)[sunting | sunting sumber]

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah mula beroperasi pada bulan Mei 1999 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 356 orang. FKAL menawarkan 5 program Sarjana muda dalam bidang-bidang Kewangan Antarabangsa, Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir, Pemasaran Antarabangsa, Ekonomi Kewangan Antarabangsa dan Kewangan Islam.

Pusat[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS)[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah menyediakan program Pascasiswazah seperti Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran secara sepenuh masa atau separuh masa.

Pusat Persediaan Sains & Teknologi (PPST)[sunting | sunting sumber]

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Sebagai permulaan pusat ini diletakkan di bawah Sekolah Sains dan Teknologi untuk menjalankan Program Asasi Sains.

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS)[sunting | sunting sumber]

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) mula dikenali sebagai Program Pengajian Luar Kampus (PPLK) dan telah ditubuhkan pada Oktober 1999 di Sandakan, Sabah.

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)[sunting | sunting sumber]

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1994 dengan tujuan menawarkan kursus-kursus teras universiti kepada semua pelajar daripada pelbagai sekolah di UMS.

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP)[sunting | sunting sumber]

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah. PKPP ditubuhkan pada 1hb Jun 2002

Pusat Perakaunan UMS(UCA)[sunting | sunting sumber]

Pusat Perakaunan UMS ditubuhkan pada 16 Oktober 2006.

Pusat Kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

  • Institut Penyelidikan Marin Borneo
  • Institut Penyelidikan Bioteknologi
  • Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan

Unit Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keusahawanan
  • Unit Kajian Primat Borneo
  • Unit Kajian Orkid
  • Unit Remote Sensing & GIS
  • Unit Penyelidikan Etnografi & Pembangunan
  • Unit Penyelidikan Psikologi & Kesihatan Sosial
  • Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar
  • Unit Kajian Bencana Alam
  • Unit Kajian Bahan & Mineral
  • Unit Pembangunan Pelancongan BIMP-EAGA
  • Unit Penyelidikan Air
  • Unit Kajian Kecerdikan Buatan
  • Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari
  • Food Safety and Quality Unit
  • Unit Penyelidikan Warisan Borneo (BOHRu)

Kolej Kediaman[sunting | sunting sumber]

Pada Majlis Amanat Naib Canselor 2014, Prof. Datuk Harun mengumumkan penukaran nama kolej kediaman dalam kampus.[2]

Lokasi Kolej Kediaman Nama asal Nota
Kampus induk
Kota Kinabalu
Kolej Kediaman Tun Mustapha Kolej Kediaman AB Kolej Kediaman dalam kampus
Kolej Kediaman Tun Fuad Stephens Kolej Kediaman CD Kolej Kediaman dalam kampus
Kolej Kediaman Excellent Kolej Kediaman E Kolej Kediaman dalam kampus
Kolej Kediaman Kingfisher & Non-Resident - Luar kampus
Kolej Kediaman Usia 1B - Luar kampus
Kolej Kediaman Sri Angkasa - Luar kampus
Kampus antarabangsa
Labuan
Kolej Kediaman Alpha
Kolej Kediaman Beta
Kolej Kediaman Mutiara
Rumah Semi-D
- -
Kampus
Sandakan
Kolej Kediaman Lestari - -

Galleri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]