Naiyarat Thanawaigoses

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naiyarat Thanawaigoses
Foto Naiyarat tahun 2016
Maklumat peribadi
Kelahiran (1991-09-17) 17 September 1991 (umur 32)
WarganegaraOrang Thai
PekerjaanPenggiat YouTube
PasanganTharit Leelanukul
(2017–kini)
Maklumat YouTube
Juga dikenali sebagaizbing z.
Maklumat YouTube
Tahun aktif2014–presents
Genre
Pelanggan17.7 Juta
Jumlah tontonan9 Billien
RangkaianOnline Station True
100,000 pelanggan 2015
1,000,000 pelanggan 2016
10,000,000 pelanggan 2019
Dikemaskini pada 10 Ogos 2023

Naiyarat Thanawaigoses (Bahasa Thai: นัยรัตน์ ธนไวทย์โกเศส; lahir (1991-09-17)17 September 1991) atau Pang (แป้ง ) ialah penggiat YouTube Thailand, yang terkenal melalui penstriman permainan video berbahasa Thai di saluran YouTube-nya, zbing z. Beliau mula membina video sejak tahun 2014. Akaunnya salah satu saluran strim langsung paling popular di Thailand dengan lebih dari 18 juta pelanggan pada 2 Oktober 2023.[1] [2]

Naiyarat dilahirkan di Bangkok, Thailand. Beliau lulus dari Universiti Dewan Perniagaan Thai. Pada April 2014, beliau memulakan strim langsung permainan video di saluran YouTube-nya. Permainan yang dimainkan biasanya bergenre seram. Beberapa tahun kemudian, beliau menjadi terkenal kerana membuat panduan bermain permainan video Ark: Survival Evolved. Tidak lama selepas video yang tular itu, Zbing Z disertai oleh ejen media pempengaruh Online Station pada 2016. Sebelum akhir tahun, Zbing Z berjaya mencapai bilangan sejuta pelanggan di YouTube. Pada 2019, Zbing Z telah melampui bilangan 10 juta pelanggan pada akaunnya. Zbing Z dianggap sebagai akaun YouTube permainan video penstriman langsung pertama di Thailand.[3]

Naiyarat dianggap seorang pempengaruh dan selebriti terkenal di Thailand.[4] terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pada 2019, beliau menjadi pempengaruh yang paling digemari kanak-kanak Thai menurut tinjauan impian kerjaya pada murid sekolah dasar.[5][6][7] Pada 2021, beliau dimasukkan dalam sebuah tinjauan sebagai salah seorang 100 orang Thai yang mempunyai hati yang gemar kerjaya oleh Ejensi Inovasi Kebangsaan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Srimaneekulroj, Kanin (29 November 2017). "The game-playing life". Bangkok Post. Dicapai pada 22 April 2021.
  2. ^ ฐิติพล ปัญญาลิมปนันท์; วสวัตติ์ ลุขะรัง (14 September 2018). "รู้จัก zbing z. เกมแคสเตอร์ที่มีผู้ติดตามกว่า 6 ล้านคน". BBC News Thai (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 22 April 2021.
  3. ^ Game Caster จากศูนย์ถึงล้าน : เปิดชีวิต แป้ง zbing z. ทุน 199 สู่สตูดิโอสุดอลังการ (คลิป)
  4. ^ แป้ง zbing z. เจ้าหญิงแห่งวงการเกม
  5. ^ ผลสำรวจชี้ 2562 เด็กไทยอยากเป็น "คุณหมอ" มากที่สุด แซง ครู แชมป์เก่า
  6. ^ “หมอ” ขึ้นอันดับ 1 อาชีพในฝันปีเด็กไทยปี 62 ส่วน “BNK48” นำโด่งไอดอลขวัญใจเด็กไทยปีนี้
  7. ^ วันเด็ก : ผลสำรวจพบเด็กไทย 'อยากเป็นหมอ' สูงสุด ส่วน 'นักแคสเกม-อีสปอร์ต' ติดอันดับ 5
  8. ^ “Zbing z.” ติด 1 ใน 100 คนไทยที่ได้รับการคัดเลือกจากสำนักงานนวัตกรรมแห่งชาติ