Lakonan suara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lakonan suara ialah seni meminjamkan suara kepada watak animasi (baik filem cetera, rancangan televisyen, filem pendek, mahupun permainan video), drama audio, dan juga suara latar dalam iklan TV dan radio, bahan bahasa asing yang dialih suara, permainan video, pertunjukan boneka, dan tunggangan hiburan.

Mereka yang melakukan lakon suara dikenali sebagai pelakon suara. Lakonan suara juga melibatkan nyanyian, tetapi kadang-kadang watak itu memerlukan pelakon suara untuk meminjamkan suara nyanyiannya. Khidmat pelakon suara juga digunakan untuk merakam fragmen-fragmen contoh yang dimainkan oleh komputer dalam sistem pengumuman automatik. Dalam sistem yang lebih rumit seperti jam bercakap, pelakon suara tidak payah merakam 1440 pengumuman berbeza (satu untuk setiap minit dalam sehari), sebaliknya, pengumuman itu disusun semula daripada fragmen-fragmen seperti "pukul", "lapan" "tiga puluh", "minit" dan "pagi". Dalam erti kata lain, perkataan "lapan" boleh dipakai untuk "pukul lapan" dan "pukul satu lapan minit".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]