Naomi Scott

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Naomi Scott
Naomi Scott.jpg
Scott di San Diego Comic-Con 2016
Kelahiran
Naomi Grace Scott

(1993-05-06) 6 Mei 1993 (umur 28)
Hounslow, London, England
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2009–kini
PasanganJordan Spence (k. 2014)

Naomi Grace Scott (lahir 6 Mei 1993) ialah seorang pelakon dan penyanyi England. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Mohini "Mo" Banjaree dalam filem Lemonade Mouth (2011), sebagai Maddy Shannon dalam Terra Nova (2011). Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Kimberly Hart "Ranger Pink" dalam filem Power Rangers.[1] Beliau mula dikenali lebih meluas dengan memegang watak Princess Jasmine dalam filem Disney Aladdin pada pertengahan 2019.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Scott ialah seorang Kristian dan telah turut serta dalam misi dan aktiviti lain. Beliau telah melakukan perjalanan ke Slovakia untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah dan beraksi bersama kumpulannya semasa usia remajanya. Scott dilahirkan di Hounslow, London. Ibunya, Usha Joshi merupakan keturunan India-Gujarat yang berhijrah ke England semasa usia muda. Bapanya, Christopher Scott berketurunan Inggeris. Beliau mempunyai seorang abang, Joshua Grey Scott. Ibu bapanya merupakan Paderi di Bridge Church, Woodford di Rebridge. Sejak kecil, beliau aktif menyanyi dalam paduan suara gereja. Scott merupakan lulusan dari Davenant Foundation School, Essex. Pada usia 21 tahun, beliau berkahwin dengan Jordan Spence, seorang pemain bola sepak di kelab Milton Keynes Dons di England.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuj Peranan Catatan
2015 The 33 Escarlette Sepulveda
The Martian Ryoko Adegan dipadam; versi dipanjangkan sahaja[2]
2017 Power Rangers Kimberly Hart / Pink Ranger
2019 Aladdin Princess Jasmine
Charlie's Angels Elena
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008–2009 Life Bites Megan Peranan utama
2011 Lemonade Mouth Mohini "Mo" Banjaree Filem televisyen
2011 Terra Nova Maddy Shannon Peranan utama
2013 By Any Means Vanessa Velasquez Episod: "3"
2015–2016 Lewis Sahira Desai Watak berulang (musim 9)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Senarai album, dengan kedudukan carta
Tajuk Butiran album Kedudukan
US
[3]
US OST
[3]
US Kids
[3]
AUS
[4]
POL
[5]
Lemonade Mouth 4 1 1 71 26
"—" menunjukkan karya yang tidak termasuk dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah itu.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu, dengan kedudukan carta
Tajuk Tahun Kedudukan Album
US US
Heat
"Breakthrough"
(bersama pelakon Lemonade Mouth)
2011 88 11 Lemonade Mouth
"—" menunjukkan tajuk yang dikeluarkan atau tidak menduduki carta di wilayah itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Naomi Scott". IMDb. Dicapai pada 2019-09-26.
  2. ^ Jimmy Kimmel (host) Naomi Scott (guest). Naomi Scott on Being in The Martian with Matt Damon. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2017. Clip from "Dave Chappelle, Naomi Scott, Music from Weezer". Jimmy Kimmel Live!. Musim 15. Episod 38. 21 March 2017. ABC. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2017. Dicapai pada 30 April 2017.
  3. ^ a b c "Billboard Chart History: Lemonade Mouth: Soundtrack". Billboard. Dicapai pada 2010-05-13.
  4. ^ "Chartifacts - Week Commencing: 30th May 2011". Australian Recording Industry Association. 2011-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-02. Dicapai pada June 4, 2011.
  5. ^ "Polish charts, 30 maja 2011". OLiS. 2011-05-30. Dicapai pada June 4, 2011.
  6. ^ "iTunes: Lemonade Mouth - Soundtrack". iTunes. Dicapai pada 2010-05-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]