Nasir Sakaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nasir Tun Sakaran)

Datuk Nasir Tun Sakaran ialah seorang ahli politik UMNO dari negeri Sabah. Beliau berketurunan Bajau Semporna dan merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N53 Senallang, Sabah. Selepas pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri.[1]

Dalam Pilihan raya 2008, Datuk Nasir menjadi calon Barisan Nasional di DUN N53 Senalang (Semporna) dan mendapat 6,083 undi, Calon PKR Hasaman Bin Sagaran (628 undi) dan dua calon bebas (sekitar 600 undi). Nasir mendapat majoriti 4,000 undi.[2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak ke 2, Tun Haji Sakaran Mohd Hashim bin Dandai, bekas Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sabah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]