Sakaran Dandai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sakaran Dandai

SMN, PSM; SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DP (Sarawak); PGDK (Sabah); PSLJ (Brunei); ADK, JP (Sabah)
Semporna Sabah Tun-Sakaran-Dandai-01.jpg
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-8
Dalam jawatan
1 Januari 1995 – 31 Disember 2002
Didahului olehMohamed Said Keruak
Digantikan olehAhmadshah Abdullah
Ketua Menteri Sabah ke-8
Dalam jawatan
17 Mac 1994 – 27 Disember 1994
Didahului olehBarisan Nasional.png Pbsflag.gif Joseph Pairin Kitingan
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mohd Salleh Tun Mohamed Said
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Semporna, Sabah
Dalam jawatan
3 Ogos 1986 – 25 April 1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Silam, Sabah
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehMohd Salleh Abdullah
Digantikan olehAbdillah Abdul Hamid
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sulabayan
Dalam jawatan
1985–1994
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehNasir Sakaran
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Semporna
Dalam jawatan
1967–1985
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
LahirSakaran Mohd Hashim bin Dandai
(1930-04-15)15 April 1930
Semporna, Borneo Utara
Meninggal dunia30 Ogos 2021(2021-08-30) (umur 91)
Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Parti politikBN - UMNO
PasanganHalimah (m. 1964)
Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah
Anak-anak9 (termasuk Nasir Sakaran)
HubunganMohd Shafie Apdal (anak saudara)
AnugerahSenarai

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (15 April 1930 – 30 Ogos 2021) ialah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah ke-8 dari Mac 1994 hingga 26 Disember 1994. Dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Semporna, Sabah dari Ogos 1986 hingga April 1995. Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 1995 hingga 2002.

Keluarga

Sakaran Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, daerah Semporna, Sabah, utara Borneo. Bapa beliau bernama Dandai Ajibuddin Jamaluddin, dari keturunan Bajau Kubang dan Tidung. Nama sebenarnya ialah Sakaran Mohd Hashim. Sakaran Dandai melangsungkan perkahwinannya dengan Toh Puah Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah. Mereka mempunyai sembilan orang anak, dua lelaki dan tujuh perempuan. Anaknya Nasir Sakaran turut menyertai dunia politik di atas tiket parti UMNO di Sabah.

Pendidikan

Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.

Kerjaya

Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.

Politik

Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1990. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1994, Pairin Kitingan berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8 pada bulan Mac 1994. Pada 26 Disember 1994, jawatan Ketua Menteri itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah mengilhamkan sistem penggiliran jawatan itu bagi meleraikan kemelut politik bagi menjayakan kempen Pilihan raya negeri Sabah 1994. Pemimpin dari tiga kaum utama iaitu Bumiputera Islam, Cina dan Bumiputera bukan Islam mengetuai kerajaan negeri secara bergilir-gilir bagi tempoh dua tahun. Dalam tempoh 10 tahun tujuh orang bergilir-gilir menjawat jawatan Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said (menggantikan Sakaran berikutan pelantikan Sakaran sebagai Yang Dipertua Negeri), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong Kah Kiat dan Musa Aman.

Yang di-Pertua Negeri Sabah

Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002. Ketua Menteri ketika itu ialah Datuk Chong Kah Kiat.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: P187 Semporna, Sabah[1]
Year Kerajaan Undi % Pembangkang Undi %
1986 Sakaran Dandai (USNO) 6,063 51.26% Abdillah Abdul Hamid (BERJAYA) 4,116 34.80%
1990 Sakaran Dandai (UMNO) 10,832 58.85% Abdillah Abdul Hamid (Bebas) 7,574 41.15%

Anugerah dan penghargaan

Tempat yang menggunakan nama beliau

  1. Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  2. Muzium Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  4. Dewan Tun Sakaran, Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 30 Ogos 2021 pukul 5.30 pagi setelah lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan COVID-19.[4][5] Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan yang terletak di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada pukul 11.50 pagi.[6][7]

Rujukan

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 29 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  2. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 December 2020.
  3. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1996" (PDF).
  4. ^ "Tun Sakaran Dandai meninggal dunia akibat Covid-19". Utusan Malaysia. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  5. ^ "Tun Sakaran meninggal dunia". Berita Harian. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  6. ^ "Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Sabah". Bernama. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  7. ^ "Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
Didahului oleh
Joseph Pairin Kitingan
Ketua Menteri Sabah
Mac 1994–Jun 1994
Diikuti oleh:
Salleh Said Keruak
Didahului oleh
Mohammad Said Keruak
Yang di-Pertua Negeri Sabah
1995–2002
Diikuti oleh:
Ahmadshah Abdullah