Natasha Low

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Natasha Low
Tasha pada tahun 2013
Nama Cina劉怡伶
PinyinLiú Yílíng (Mandarin)
Nama lahirNatasha Low Yi Ling
AsalSingapura
Lahir (1993-10-11) 11 Oktober 1993 (umur 30)
Singapura
PekerjaanPenyanyi, Pengacara
Jenis muzikK-pop, menari
Syarikat rakamanAlpha Entertainment
Tahun aktif2012 (2012)–kini
Artis berkaitanSkarf
Laman web rasmihttp://www.alphaent.com/

Natasha Low (dilahirkan pada 11 Oktober 1993), yang lebih dikenali dengan nama panggilannya, Tasha (Korea: 타샤), merupakan seorang penyanyi, penari dan pengacara dari Singapura. Berpusat di Korea Selatan, beliau adalah ahli kumpulan vokal perempuan, Skarf dan menandatangani kontrak bersama Alpha Entertainment.[1] Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, Natasha boleh bertutur dalam bahasa Inggris, Mandarin dan juga Korea setelah berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2011 untuk mempersiapkan kemunculannya di Skarf.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Natasha dilahirkan dalam sebuah keluarga penari ballroom, bapa Natasha, Sunny Low, memiliki studio tarian sendiri dan saudaranya yang berada di Thailand dilatih menjadi penari ballroom profesional.[2] Beliau menuntut di Sekolah Menengah Fuhua dan menyelesaikan pengajian Tingkatan Lima sebelum mengikuti uji bakat JYP dan Alpha Entertainment pada tahun 2010 dan berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2011.[3]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Skarf[sunting | sunting sumber]

Setelah menjalani 2 tahun latihan intensif di Korea Selatan, Natasha melakukan kemunculan dalam Skarf, dengan nama samaran, Tasha. Beliau dan anggota lainnya, Ferlyn, merupakan dua ahli dari Singapura dalam Skarf sehingga Ferlyn meninggalkan kumpulan vokal tersebut pada tahun 2014.[4][5] Grup vokal tersebut melakukan debut dengan album mini pertama mereka, Oh! Dance[6] dan menampilkan lagu tersebut di Music Bank di KBS pada 17 Ogos 2012.[7] Pada 14 Ogos 2012, Skarf mengadakan pertunjukan kemunculan mereka di Seoul.[8]

Penampilan solo[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, Natasha dilantik sebagai duta besar tanda untuk Pantec Vega R3, sebuah produk telefon pintar[9] dan terpilih sebagai pengacara untuk program muzik Arirang, Pops in Seoul pada tahun 2013. Pada tahun yang sama, Natasha juga muncul dalam rancangan Gangnam Feel Dance di MBC.[10]

Pada 2014, beliau bergabung dengan Dancing 9 di MBC bersama dengan Zinni dari Glam namun hilang kelayakan disebabkan oleh alasan peribadi.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Rangkaian Tajuk Peranan Remark
2012 MBC Oh! My Skarf Diri sendiri Rancangan realiti mengenai kehidupan Skarf sebelum kemunculan
2013 Gangnam Feel Dance
2014 Channel M Dancing 9 Tasha hilang kelayakan kerana alasan peribadi.

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Rangkaian Tahuk Anggota Peranan Remark
2013 - sekarang Arirang TV Pops in Seoul Tasha Pembawa acara Pembawa acara

Drama Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Jaringan Judul Peran Remark
2012 MediaCorp Saluran 8 It Takes Two Diri sendiri Penampilan cameo dalam dua episod

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "JYP/ Alpha 2010 audition results". SEOUL RHYTHMS. 15 April 2011. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  2. ^ a b "Life of a K-pop singer's mum". Asia One Showbiz. 27 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-24. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  3. ^ "They can't take off their sunglasses in public". Asia One. 13 Jun 2011. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  4. ^ "My daughter is a (rising) K-pop star: S'porean mum". Yahoo Singapore. 4 Oktober 2013. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  5. ^ "Ferlyn leaves K-pop group Skarf". The New Paper. September 16, 2014. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  6. ^ "Rookie group Skarf releases MV for "Oh! Dance"". allkpop. 14 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  7. ^ "Korean-Singaporean girl group Skarf debuts with "Oh! Dance" on 'Music Bank'!". allkpop. 17 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  8. ^ "Rookie girl group SKarf talk about their potential rivals at recent debut showcase". allkpop. 15 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
  9. ^ "Skarf's Tasha chosen as 'Vega R3' endorsement model". allkpop. 6 Oktober 2012.
  10. ^ "Singaporean Natasha Low's K-pop star rising". The Straits Times. 31 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-17. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  11. ^ "GLAM's Zinni, Wassup's Nari, and Skarf's Tasha show off their dance moves on 'Dancing 9'". allkpop. 13 Oktober 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]