Nekropolis Memphis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nekropolis Memphis (Jawi: نيكروڤوليس ميمفيس, atau Padang Piramid) ialah segugus kompleks makam Mesir purba dengan keluasan 30-kilometer (19 bt) di penara Gurun Barat di sekitar ibu kota purba Memphis, Mesir Hilir, dan kini di Giza, Mesir. Ia merangkumi kompleks-kompleks piramid Giza, Abusir, Saqqarah dan Dahsyur, dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO atas nama Memphis dan Nekropolisnya.[1] Kebanyakan piramid Kerajaan Lama dibina di sini, bersama-sama banyak mastaba dan makam lain.

Saqqarah[sunting | sunting sumber]

Saqqarah ialah di mana piramid Mesir yang pertama berada, Piramid Djoser,[2] juga padang piramid pertama di Nekropolis Memphis, diasaskan pada abad ke-27 SM semasa Dinasti Ketiga, dengan 16 lagi piramid dibina sepanjang Dinasti Kelima. Walau bagaimanapun, tapak ini telah digunakan untuk pengebumian seawal-awalnya sejak Dinasti Pertama (s. abad ke-32 SM), dan terus digunakan sebagai tanah perkuburan selama 3000 tahun sehinggalah Zaman Ptolemaik (30 SM).

Dahsyur[sunting | sunting sumber]

Dahsyur ialah kompleks piramid kedua yang diasaskan di Mesir, dengan Piramid Bengkok Sneferu yang unik dibina pada Dinasti Keempat semasa Kerajaan Lama (abad ke-27 SM). Tapak ini digunakan sekali-sekala sebagai tanah perkuburan dan padang piramid selama satu alaf. Enam piramid terakhirnya dibina pada Dinasti ke-13 semasa Tempoh Perantaraan Kedua (abad ke-18 SM).

Nekropolis ini berkeluasan 2.5 kali 6 kilometer, dan terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Kaherah.[3]

Giza[sunting | sunting sumber]

Piramid Giza merupakan tapak ketiga yang dibina, semasa dinasti Keempat. Ia termasuk Piramid Khufu, satu-satunya keajaiban dunia purba yang tinggal. Sfinks Agung juga berada di tapak ini.

Abusir[sunting | sunting sumber]

Kalau mengikut garis masa, Abusir merupakan padang piramid yang keempat dan terakhir diasaskan. Empat belas piramidnya dibina semasa Dinasti Kelima pada penghujung Kerajaan Lama, yang kekal selama 150 tahun dari abad ke-25 ke ke-24 SM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Memphis and its Necropolis – the Pyramid Fields from Giza to Dahshur". UNESCO World Heritage Centre. United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization. Dicapai pada 7 September 2021.
  2. ^ © UNESCO World Heritage Centre 1992-2011 approximately 11:40GMT 2.9.11
  3. ^ DAI website-copyright © 2011 Deutsches Archäologisches Institut Diarkibkan 2013-12-18 di Wayback Machine retrieved 12:14GMT 2.10.11

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]