Sfinks Agung Giza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sfinks Agung Giza
Sfinks Agung Giza is located in Bumi
Sfinks Agung Giza
Sfinks Agung Giza (Bumi)
LokasiGiza, Mesir
WilayahMesir
Koordinat29°58′31″N 31°08′16″E / 29.97528°N 31.13778°E / 29.97528; 31.13778Koordinat: 29°58′31″N 31°08′16″E / 29.97528°N 31.13778°E / 29.97528; 31.13778
Panjang73 meter (240 ka)
Lebar19 meter (62 ka)
Tinggi20 meter (66 ka)
Sejarah
BahanBatu kapur
Perincian tapak
KeadaanDipulihkan separa

Sfinks Agung Giza (Jawi: سفينک‌س اڬوڠ ݢيزا) ialah sebuah tugu batu kapur berbentuk sfinks yang berbaring. Sfinks sendiri merupakan makhluk mitos berkepala manusia dan bertubuh singa.[1] Ia menghadap lurus dari barat ke timur, dan terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. Wajah Sfinks ini dipercayai mewakili firaun Khafre.[2]

Bentuk asli Sfinks adalah hasil pemotongan dari batuan dasar, dan sejak semasa itu telah dipulihkan dengan lapisan blok batu kapur.[3] Sfinks ini mempunyai panjang 73 meter dari kaki hadapan ke ekor, tinggi 20 meter dari pangkal tubuh ke puncak kepala, dan lebar 19 meter di bahagian paha belakangnya.[4] Hidungnya patah atas sebab yang tidak diketahui antara abad ke-3 dan ke-10 Masihi.

Sfinks merupakan patung monumental tertua yang diketahui di Mesir dan salah satu patung yang paling terkenal di dunia. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa patung ini dibuat oleh orang Mesir kuno dari Kerajaan Lama selama masa pemerintahan Khafre (sekitar 2558-2532 SM).[5][6][7]

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama asal yang diberikan oleh pencipta semasa Kerajaan Lama untuk Sfinks tidak diketahui, kerana kuil Sfinks, kandang dan mungkin Sfinks itu sendiri tidak disiapkan pada masa itu, dan oleh itu bahan budaya adalah terhad.[8] Di Kerajaan Baru, Sfinks dihormati sebagai dewa suria Hor-em-akhet ("Horus dari Ufuk"; Dihellenkan: Harmachis),[9] dan firaun Thutmose IV (1401–1391 atau 1397–1388 SM) secara khusus merujuk kepadanya seperti itu dalam Prasasti Mimpi.[10]

Nama yang biasa digunakan "Sfinks" telah diberikan kepadanya pada baharian klasik, kira-kira 2,000 tahun selepas tarikh yang diterima umum pembinaannya dengan merujuk kepada Binatang mitologi Yunani dengan kepala wanita, helang, kucing, atau biri-biri dan berbadan singa dengan bersayap helang. (walaupun, seperti kebanyakan Sfinks Mesir, Sfinks Agung mempunyai kepala lelaki dan tiada sayap).[11] Perkataan sfinks berasal daripada Yunani kuno Σφίγξ (ditransliterasi: sfinx) rupanya dari kata kerja σφίγγω (ditransliterasi: sphingo / menghimpit), sempena sfinks Yunani yang mencekik sesiapa yang gagal menjawab teka-tekinya.

Penulis Arab zaman pertengahan, termasuk al-Maqrīzī, memanggil Sphinx dengan nama bahasa Arab Qibti Belhib (Arab: بلهيب), Balhubah (Arab: بلهوبه) Belhawiyya (Arab: بلهويه),[12][13] yang seterusnya berasal dari Pehor atau Pehor(o)n, nama bagi dewa orang Kanaan Hauron. Ia juga diterjemahkan sebagai Ablehon pada gambaran Sfinks yang dibuat oleh François de La Boullaye-Le Gouz.[14] Nama Arab Mesir moden ialah أبو الهول (ʼabu alhōl / ʼabu alhawl IPA: [ʔabulhoːl], "Yang Mengerikan"; secara harfiah "Bapa Ketakutan") yang merupakan padanan fonosemantik bagi nama Qibti.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Great Sphinx of Giza". Ancient History Encyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 2016-12-07.
  2. ^ Sims, Lesley (2000). "The Great Pyramids". A Visitor's Guide to Ancient Egypt. Saffron Hill, London: Usborne Publishing. m/s. 17. ISBN 0-7460-30673.
  3. ^ "Saving the Sphinx – NOVA | PBS". pbs.org. Dicapai pada 2016-12-07.
  4. ^ Rigano, Charles (2014). Pyramids of the Giza Plateau. m/s. 148. ISBN 9781496952493.
  5. ^ Lehner 1991.
  6. ^ "Sphinx Project « Ancient Egypt Research Associates". 10 September 2009. Dicapai pada 12 November 2021.
  7. ^ Dunford, Jane; Fletcher, Joann; French, Carole (ed., 2007). Egypt: Eyewitness Travel Guide Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine. London: Dorling Kindersley, 2007. ISBN 978-0-7566-2875-8.
  8. ^ Lehner 1991, m/s. 96.
  9. ^ Hawkes, Jacquetta (1974). Atlas of Ancient Archaeology. McGraw-Hill Book Company. m/s. 150. ISBN 0-07-027293-X.
  10. ^ Bryan, Betsy M. (1991) The Reign of Thutmose IV. The Johns Hopkins University Press. pp. 145–146
  11. ^ "sphinx | mythology". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2016-12-07.
  12. ^ "ص229 - كتاب المواعظ والاعتبار بذكر الخطط والآثار - ذكر الصنم الذي يقال له أبو الهول - المكتبة الشاملة الحديثة". al-maktaba.org. Dicapai pada 12 November 2021.
  13. ^ Makrîsî (1853). Kitâb el mawâ'is wa 'l i'tibâr bidhikri 'lchitat wa 'l athâr d. h. Buch der Unterweisungen und der Betrachtung in der Geschichte der Länderstriche und Denkmale: Eine histor. und topogr. Beschreibung Ägyptens von Takieddîn Ahmed ben Ali ben Abdelkâder ben Mohammed Makrisi (dalam bahasa Arab).
  14. ^ Chartier, Marc (2013-05-22). "Le Sphinx de Guizeh - énigmes - théories: "Les anciens Égyptiens l'honoraient comme un dieu" (François Le Gouz de La Boullaye - XVIIe s. - à propos du Sphinx)". Le Sphinx de Guizeh - énigmes - théories. Dicapai pada 2023-02-27.
  15. ^ Peust, Carsten. "Die Toponyme vorarabischen Ursprungs im modernen Ägypten" (PDF). m/s. 46.