Neo-Nazisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Neo-Nazisme di Amerika

Neo-Nazisme ialah ideologi pasca Perang Dunia II yang ingin menghidupkan kembali Nazisme. Kumpulan-kumpulan neo-Nazi memiliki idea yang berbeza, namun biasanya termasuk kesetiaan pada Adolf Hitler, Antisemitisme, perkauman, xenofobia, nasionalisme, militerisme. Neo-Nazi biasanya menggunakan lambang-lambang Jerman Nazi, seperti swastika, Sig Rune, dan warna-warna merah-putih-hitam zaman Reich Ketiga.

Setelah Perang Dunia II, Jerman memikirkan lagi sejarah masa lalunya dan berusaha keras untuk berpisah dengan ideologi dan pemikiran oleh Jerman Nazi. Namun rupanya masih terdapat pertubuhan Nazisme di Jerman. Orang-orang ini disebut Neo-Nazi.

Neo-Nazisme lebih banyak tersebar di Jerman Timur daripada Jerman Barat, bandar kecil daripada bandar besar, dan di generasi muda daripada generasi tua. Di dalam Jerman sendiri terdapat kecenderungan menganggap Neo-Nazi sebagai hal yang tidak penting, namun perlunya pengawasan lebih jauh kerana adanya keganasan yang terus berkembang dengan sasaran warga asing.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]