Nicole Anderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nicole Anderson
Nicole Anderson (Cropped).jpg
Anderson pada Jun 2010
KelahiranNicole Gale Anderson
(1990-08-29) 29 Ogos 1990 (umur 29)
Rochester, Indiana, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–kini

Nicole Gale Anderson (lahir 29 Ogos 1990[1]) merupakan seorang pelakon Amerika. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Heather Chandler dalam siri The CW Beauty & the Beast. Beliau juga terkenal menerusi peranannya sebagai Macy Misa di Disney Channel Original Series Jonas, dan sebagai Kelly Parker dan Miranda Collins dalam siri ABC Family Make It or Break It dan Ravenswood.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nicole telah mula berlakon sejak kecil lagi. Beliau telah terlibat dalam gimnastik ketika berusia 3 tahun dan selepas 10 tahun, beliau terlibat dengan beberapa kejohanan gimnastik peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau turut memenangi biasiswa ke sekolah peragaan Barbizon di Atlanta, Georgia, AS ketika berusia 13 tahun. Beliau turut pernah menghiasi iklan-iklan seperti: "Mary Kate and Ashley Online Clothing", "Every Girl", "Stand Up", dan "Bratz-Pretty 'n' Punk & Treasures".

Nicole turut membintangi beberapa siri seperti: Unfabulous, Zoey 101, Nobody, Hannah Montana, iCarly, Sunday! Sunday! Sunday!, "Make It Or Break It", dan Princess. Beliau turut membintangi siri original Disney, JONAS sebagai "Macy Misa".

Nicole berketurunan Sepanyol dan Filipina dan mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Ken dan Nadine.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2005 Unfabulous Ahli pasukan sorak #3 Episod: "The Grey Area"
2007 Nobody Leila Episod pengenalan ABC Family yang tidak pernah disiarkan
2007 Zoey 101 Maria Episod: "Quarantine"; dikreditkan sebagai Nicole Anderson
2007 Hannah Montana Marissa Hughes Episod: "Achy Jakey Heart: Bahagian 1"
2007 iCarly Tasha Episod: "iNevel"
2008 Sunday! Sunday! Sunday! Dana Peranan utama
2008 Princess Jitterbug / Princess Calliope Filem televisyen
2009–2010 Jonas Macy Misa Peranan utama; 29 episod, dikreditkan sebagai Nicole Anderson
2009–2012 Make It or Break It Kelly Parker Peranan lakonan semula; 17 episod
2009 Imagination Movers Cinderella Episod: "A Fairy Tale Ending"
2010 Accused at 17 Bianca Miller Filem televisyen
2011 Mean Girls 2 Hope Plotkin Filem televisyen[2]
2011 Happy Endings Madison 1 Episod: "Baby Steps"[3]
2011 Ringer Monica Reynolds Episod: "Oh Gawd, There's Two of Them?"
2012–2016 Beauty & the Beast Heather Chandler Peranan lakonan semula: musim 1–2; peranan utama: musim 3–4
2013 Pretty Little Liars Miranda Collins Episod: "Grave New World"
2013–2014 Ravenswood Peranan utama; 10 episod

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Lukewarm Jessie
2013 Red Line Tori
2014 Never Meghan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nicole Anderson Bio". KidzWorld.com. Dicapai 10 January 2013. 
  2. ^ Weisman, Jon (January 25, 2011). "Viewers nice to 'Mean Girls 2,' making it top 2010-11 movie in 12-34 demo". Variety. Dicapai September 3, 2015. 
  3. ^ Nededog, Jethro (August 15, 2011). "'Happy Endings': ABC Family's Megan Park and Nicole Gale Anderson to Guest Star". The Hollywood Reporter. Dicapai September 3, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]