Nilai Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nilai Asia ialah suatu proposisi bahawa "autoritarianisme membantu dalam pembangunan ekonomi" yang dikemukakan oleh ahli politik Asia seperti Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura. Keajaiban di Sungai Han (Korea Selatan) dan Keajaiban Taiwan merupakan contoh pengalaman dalam pembangunan hasil nilai Asia. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berpendapat bahawa nilai Asia mencapai keharmonian masyarakat melalui nilai-nilai murni seperti tadbir urus baik, kesucian kekeluargaan, bertoleransi terhadap kepelbagaian pandangan, bersimpati terhadap nasib golongan miskin dan golongan tertentu. Mahathir juga berpendapat bahawa, Asia tidak sewajarnya mewawarkan kejayaan ekonomi jika masih tidak dapat menyelesaikan masalah sosial seperti kemiskinan. Ada juga berpendapat bahawa nilai Asia merangkumi mementingkan nilai kekeluargaan, menegaskan muafakat dalam menggubal sesuatu dasar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]