Nilai Demokrasi: Kesejahteraan Malaysia Madani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nilai Demokrasi: Kesejahteraan Malaysia Madani[sunting | sunting sumber]

Nilai demokrasi adalah sifat - sifat yang mesti diterapkan dalam setiap kumpulan sosial untuk mewujudkan dan menjaga ketertiban, kemajuan dan hubungan yang baik antara individu. Secara umumnya, masyarakat madani bermakna masyarakat yang beradab dan Istilah ini diperkenalkan di Indonesia oleh Anwar Ibrahim dalam forum ilmiah pada Festival Istiqlal tahun 1995.

Malaysia Madani[sunting | sunting sumber]

Malaysia Madani ialah salah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari tahun 2023. Secara amnya, Malaysia Madani memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.

Nilai-Nilai Demokrasi[sunting | sunting sumber]

1. Keadilan: Prinsip kesaksamaan, layanan adil, dan perlindungan hak asasi manusia untuk semua individu dalam masyarakat.

2. Kebebasan: Hak individu untuk bersuara, pendapat, agama, persatuan, dan penyertaan dalam kehidupan politik tanpa ancaman atau sekatan yang menyalahi undang-undang.

3. Pemerintahan Adil: Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, dengan kuasa yang diagihkan secara sama rata, dan menghormati prinsip semak dan imbang (supervision and balance of power).

4. Penyertaan Awam: Membolehkan penyertaan aktif orang ramai dalam proses membuat keputusan politik, sama ada melalui pilihan raya, perundingan awam, atau akses kepada maklumat yang telus.

5. Pluralisme: Menghormati dan menghargai kepelbagaian manusia, termasuk kepelbagaian budaya, etnik, agama, dan pandangan politik.

6. Toleransi: Menghormati perbezaan pendapat, menerima pluralisme, dan membina masyarakat yang inklusif dan mesra pelbagai golongan.

7. Akauntabiliti: Memastikan pemimpin politik dan institusi awam bertanggungjawab atas tindakan dan dasar mereka, dan menyediakan mekanisme yang berkesan untuk menangani penyalahgunaan dan rasuah.