Nishan-e-Haider

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nishan-e-Haider
NegaraPakistan
Laman web rasmiwww.pakistanarmy.gov.pk/awpreview/pDetails.aspx?pType=PressRelease&pID=67

Nishan-e-Haider (NH; Urdu: نشان حیدر‎ atau 'Pingat Singa'), ialah anugerah keberanian tentera tertinggi Pakistan.[1] [2] Nishan-e-Haider dianugerahkan secara anumerta dan hanya kepada anggota daripada Angkatan Bersenjata Pakistan. Pingat ini mengiktiraf tindakan tertinggi dan keberanian luar biasa dalam menghadapi musuh di wilayah darat, laut, atau udara. Ia telah dianugerahkan hanya sebanyak 11 kali sejak kemerdekaan Pakistan pada tahun 1947.

Nishan-e-Haider secara harfiah bermaksud "Lambang Singa" dalam bahasa Urdu.[3] Perkataan "Haider" juga adalah julukan Ali bin Abi Talib RA, yang disebut sebagai 'Singa Allah', seorang wira dan pemimpin yang gagah berani. Ali RA ialah Khalifah Islam keempat dan diisytiharkan sebagai orang yang paling berani oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Beliau dikenali dengan keberanian, kekuatan, dan kebijaksanaannya dalam Islam.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nishan-e-Haider diasas oleh Pemerintah Pakistan dan dinamai daripada nama Ali selepas kemerdekaan Pakistan.[perlu rujukan] Pingat ini diiktiraf terasas pada hari kemerdekaan Pakistan pada 14 Ogos 1947. Nishan-e-haidar ialah anugerah tertinggi di Pakistan, dalam ketenteraan maupun sivil. Dari sebelas penerima Nishan-e-Haider setakat ke hari ini, sepuluh askar berasal daripada Tentera Darat dan bakinya Tentera Udara.

Meski beberapa ahli lencana menganggap pingat ini tiada bezanya dari pingat-pingat lain semisal Victoria Cross dari United Kingdom atau Medal of Honor dari Amerika Syarikat, pandangan itu keliru. Nishan-e-haidar lebih mulia dan mempunyai keunikannya sendiri kerana hanya boleh dikeruniakan bagi mereka yang syahid di pertempuran, berbeza dari dua contoh di atas yang mana kedua anugerah cepat-cepat diberikan ketika penerima masih hidup.

Pada satu kesempatan, Kakitangan Pengerusi Tentera Darat Pakistan pernah mendapat pertanyaan dalam wawancara, mengapa nishan-e-haider hanya diberikan ketika sang penerima sudah tiada. Jawapan daripada Pegawai Tentera itu ialah, jikalau pingat itu diberi selagi orangnya masih hidup maka dia mungkin sahaja ke depan dia akan berbuat hal memalukan atau jenayah, jadi itulah sebabnya bagi menjaga marwah Nishan-e-haider.

Pengurniaan[sunting | sunting sumber]

Pingat Nishan-e-Haider dapat dikeruniakan kepada semua pangkat dalam Angkatan Bersenjata Pakistan bagi menunjukkan kehandalan dan keberaniannya menghadapi musuh di pertempuran. Pingat ini hanya dikeruniakan kepada mereka yang melakukan hal luar biasa dalam perang dan menjemput syahid tidak lama selepasnya.[5][6]

Pengilangan[sunting | sunting sumber]

Pingat Nishan-e-Haider merupakan hasil karya daripada Tempaan Pakistan, selepas menerima perintah pengilangan oleh Menteri Pertahanan. Selalunya ia dibuat daripada peralatan ketenteraan lawan.[7] Kandungan logam dalam pingat ini ialah: 88% gangsa, 10% emas, and 2% timah sari.

Penerima[sunting | sunting sumber]

Senarai penerima
Nom. Nama Penerima Rejimen Pangkat Pertempuran Tarikh Syahid
1 Raja Muhammad Sarwar Rejimen Punjab 2, Tentera Darat Pakistan Kapten Perang India-Pakistan 1947 27 Julai 1948
2 Saif Ali Janjua Rejimen Azad Kashmir 5 (HAIDER DIL)/Rejimen Azad Kashmir 18, Tentera Darat Pakistan Naik Perang India-Pakistan 1947 26 Oktober 1948
3 Tufail Mohammad Rejimen Punjab 13, Unit Pengawas Raifal Kawasan Sempadan Pakistan Timur, Tentera Darat Pakistan Mejar Pertikaian Sempadan India-Pakistan 1958 7 Ogos 1958
4 Raja Aziz Bhatti Rejimen Punjab 17, Tentera Darat Pakistan Mejar Perang India-Pakistan 1965 10 September 1965
5 Rashid Minhas Unit No. 2 Fighter Conversion, Tentera Udara Pakistan Perwira Udara Perang India-Pakistan 1971 20 Ogos 1971
6 Muhammad Akram Formasi Rejimen Frontier 4, Tentera Darat Pakistan Mejar Perang India-Pakistan 1971 5 Disember 1971
7 Shabbir Sharif Formasi Rejimen Frontier 6, Tentera Darat Pakistan Mejar Perang India-Pakistan 1971 6 Disember 1971
8 Muhammad Hussain Janjua Lancer 20 (Kor Berzirah), Tentera Darat Pakistan Sowar Perang India-Pakistan 1971 10 Disember 1971
9 Muhammad Mahfuz Janjua Rejimen Punjab 15, Tentera Darat Pakistan Lance naik Perang India-Pakistan 1971 17 Disember 1971
10 Karnal Sher Khan Askar Peninjau Utara 12, Tentera Darat Pakistan Kapten Perang Kargil 5 Julai 1999
11 Lalak Jan Askar Peninjau Utara 12, Tentera Darat Pakistan Havildar Perang Kargil 7 Julai 1999

Legasi[sunting | sunting sumber]

Tugu peringatan atau tempat-tempat yang diberi nama penerima pingat Nishan-E-Haider:

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "First 'Nishan-e-Haider' recipient Sawar Shaheed remembered – Lahore". The News International. 11 December 2017. Dicapai pada 20 April 2020.
  2. ^ "How an Indian officer helped an enemy captain win Pakistan's highest gallantry award". ThePrint. 24 July 2019. Dicapai pada 20 April 2020.
  3. ^ "Nishan e Haider: Detailed account of 10 heroes of Pakistan". Times of Islamabad. 7 September 2018. Dicapai pada 20 April 2020.
  4. ^ "ʿAlī | Muslim caliph". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-04.
  5. ^ "Honours and Awards". Pakistan Army. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2012. Dicapai pada 6 June 2009.
  6. ^ "Nishan e Haider holders of Pakistan Army ~ PAKISTAN DEFENCE BLOG". defenceblog.org. Dicapai pada 2015-08-24.
  7. ^ Arshad, Ambreen (5 September 2015). "They rest in honoured glory". Dawn. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2015. Dicapai pada 17 June 2013.
  8. ^ Muhammad Imran Saeed (2011) Captain Raja Muhammad S. Bhatti Shaheed, Nishan-e-Haider on Flickr
  9. ^ DHA Lahore (2021) Inauguration of Major Shabbir Sharif monument & park