Nitrosasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nitrosasi ialah sebuah proses menukar sebatian organik kepada terbitan nitroso, iaitu sebatian yang mengandungi kumpulan fungsi R-NO.

Sebatian C-Nitroso[sunting | sunting sumber]

Sebatian C-Nitroso, seperti nitrosobenzene, biasanya dihasilkan melalui pengoksidaan hidroksilamin :

RNHOH + [O] → RNO + H2O

Sebatian S-Nitroso[sunting | sunting sumber]

Sebatian S-Nitroso (<i id="mwGQ">S</i>-nitrosothiols) biasanya disediakan melalui pemeluwapan tiol dan asid nitrus : [1]

RSH + HONO → RSNO + H2O

Sebatian O-Nitroso[sunting | sunting sumber]

Sebatian O-Nitroso adalah serupa dengan sebatian S-nitroso, akan tetapi kurang reaktif kerana atom oksigen kurang nukleofilik daripada atom sulfur. Pembentukan alkil nitrit daripada alkohol dan asid nitrus adalah contoh biasa:

ROH + HONO → RONO + H2O

N-Nitrosamin[sunting | sunting sumber]

N-Nitrosamin, termasuk yang jenis karsinogenik, terhasil daripada tindak balas sumber nitrit dengan sebatian amino, yang boleh berlaku semasa pengawetan daging. Lazimnya, tindak balas ini berlaku apabila nitrogen nukleofilik amina sekunder menyerang nitrogen ion nitrosonium elektrofilik: [2]

NO2 + 2H+ → NO+ + H2O
R2NH + NO+ → R2N-NO + H+

Pembentukan N-nitrosamine:

Nitrosamin kemudiannya boleh kehilangan molekul air melalui proses protonasi untuk membentuk kation diazonium, yang merupakan perantaraan yang sangat berguna untuk membentuk sebatian yang berbeza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wang, P. G.; Xian, M.; Tang, X.; Wu, X.; Wen, Z.; Cai, T.; Janczuk, A. J. (2002). "Nitric Oxide Donors: Chemical Activities and Biological Applications". Chemical Reviews. 102 (4): 1091–1134. doi:10.1021/cr000040l. PMID 11942788.
  2. ^ López-Rodríguez, Rocío; McManus, James A.; Murphy, Natasha S.; Ott, Martin A.; Burns, Michael J. (2020-09-18). "Pathways for N -Nitroso Compound Formation: Secondary Amines and Beyond". Organic Process Research & Development (dalam bahasa Inggeris). 24 (9): 1558–1585. doi:10.1021/acs.oprd.0c00323. ISSN 1083-6160.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Nitric oxide signaling