Amina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Amina merupakan sebatian organik dan kumpulan berfungsi yang menganduni satu atom nitrogen bes dengan pasangan tersendiri. Amina adalah terbitan ammonia, di mana satu atau lebih atom hidrogen digantikan dengan bahan pengganti organik seperti kumpulan alkil dan aril. Sebatian dengan atom nitrogen bersebelahan dengan karbonil dalam struktur R-C(=O)NR2 dipanggil amida dan mempunyai ciri-ciri kimia yang berbeza. Contoh amina yang utama termasuklah asid amino, amina biogeni, trimetilamina dan anilin; lihat Kategori:Amina untuk senarai amina.

Jenis-jenis amina[sunting | sunting sumber]

Amina primer (1°) Amina sekunder (2°) Amina tertier (3°)
primary amine secondary amine tertiary amine

Sebatian-sebatian amina boleh dikategorikan terhadap tiga jenis, bergantung kepada bilangan atom karbon (kumpulan alkil atau aromatik) yang terikat terhadap atom nitrogen.[1]

  • Amina primer (1°): Amina di mana satu kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nitrogen seperti anilin.
  • Amina sekuneder (2°): Dua kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nidrogen seperti dimetilamina.
  • Amina tertier (3°): Tiga kumpulan alkil atau aromatik terikat dengan atom nidrogen seperti trimetilamina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, Janice Gorzynski (2011). "Chapter 25 Amines". Organic chemistry (Buku) (dalam bahasa Inggeris) (edisi ketiga). New York, NY: McGraw-Hill. m/s. 949–993. ISBN 978-0-07-337562-5.