Norhafizah Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Dr.

Norhafizah Musa

PMW (Wilayah Persekutuan); PhD (UM)
Ikon Dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
2020–2021
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
18 Ogos 2020
Butiran peribadi
LahirNorhafizah binti Musa
(1975-12-21) 21 Disember 1975 (umur 48)
Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan
KerakyatanMalaysia
PasanganDr Azahar Yaakub
Alma materUniversiti Malaya
ProfesionPendakwah

Datuk Dr. Norhafizah Musa merupakan seorang ahli akademik dan personaliti dakwah di Malaysia. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Norhafizah memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Psikologi Islam dari Universiti Malaya, Malaysia pada 2018 dengan tesisnya[1] bertajuk "Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara". Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari Universiti Malaya. Terdahulu, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Muda dalam Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Yarmouk, Jordan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Norhafizah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah dan ahli panel bagi program kekeluargaan dan keagamaan di televisyen Malaysia. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita, dan korporat.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Norhafizah dilahirkan pada 1975 di Kampung Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan[2]. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Wilayah Persekutuan
    • Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - Datuk - 2018
    • Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) - 2015

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Musa, Norhafizah (2018). Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara (Tesis). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  2. ^ Norhasliza Shafi (25 Oktober 2018). "Usia 43 Tahun dengan Tujuh Orang Anak Ustazah-Datuk Norhafizah Musa Berjaya Genggam PHD: Inilah Ikon Beauty With Brain Muslimah". Kashoorga. Dicapai pada 16 Disember 2020.