Nuremberg Party Day Badge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nuremberg Party Day Badge (B.Jerman: Nürnberger Parteitagsabzeichen 1929|B.Melayu: Lencana Hari Parti Nuremberg) ialah sejenis pingat politik Parti Nazi (NSDAP) yang sangat dihormati. Ia telah dizahirkan pada 15 Ogos 1929 dan merupakan lencana kedua diiktiraf sebagai anugerah kebangsaan NSDAP.

Juga dikenali sebagai "Lencana Parti Nuremberg 1929", lencana ini dianugerahkan kepada ahli-ahli Parti Nazi yang telah menghadiri perhimpunan kebangsaan Parti Nazi di bandar Nuremberg.[1] Selepas penubuhan Jerman Nazi, Lencana Hari Parti Nuremberg mengambil simbol "Old Guard" dan sering ditunjukkan oleh para pemimpin kanan, termasuk Adolf Hitler (yang biasanya tidak memakai lebihan anugerah Nazi) pada perhimpunan Nuremberg berikutnya.

Lencana tersebut mesti dipakai pada sebelah kiri dada pakaian seragam.[1] Ia berukuran 21mm lebar dengan 48mm tinggi; ia memaparkan Istana Nuremberg di atas dengan tulisan "Nürnberg" dibawahnya. Seekor helang bertenggek diatas helmet yang berada ditengah dengan inskripsi "1914-1919 NSDAP Parteitag" disekelilingnya.[1]

Pada November 1936, Hitler memberi "perintah" baru untuk "Darjah dan Anugerah" Reich Ketiga. Anugerah utama NSDAP disenaraikan mengikut perintah ini: 1. Coburg Badge; 2. Nürnberg Party Badge 1929; 3. SA Treffen at Brunswick 1931; 4. Golden Party Badge; 5. Blutorden; diikuti oleh lencana-lencana Gau dan Golden HJ Badge.[2][3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Angolia 1989, m/s. 199.
  2. ^ Angolia 1989, m/s. 197.
  3. ^ Dombrowski, Hanns (1940), Orders, Ehrenzeichen und Titel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0912138165.CS1 maint: ref=harv (link)