Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries, dikenali juga sebagai OPEC) adalah sebuah pertubuhan antarakerajaan yang ditubuhkan pada 1960 di Baghdad oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela; dan kemudiannnya beribu pejabat sejak 1965 di Vienna, Austria.

Halatuju prinsip pertubuhan tersebut menurut Statut pertubuhan ini adalah koordinasi dan penyatuan polisi-polisi ahli dan penilai terbaik untuk mengawal kepentingan mereka secara individu dan berkumpulan; mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan untuk memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar; satu penyalur yang biasa, ekonomik dan efisyen kepada negara-negara pengguna, dan satu pemulangan yang adil terhadap modal mereka kepada sesiapa yang melabur di dalam industri petroleum.."1

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Negara-negara anggota OPEC██ Anggota pertubuhan terkini██ Bekas anggota pertubuhan

Kini, pertubuhan ini mempunyai 14 negara keahlian. Mereka terdiri daripada penyenaraian berikut mengikut tarikh daftar keahlian yang rasmi masing-masing. Bahasa rasmi yang efektif digunakan bagi majoriti 7 negara keahlian OPEC iaitu bahasa Arab, bahasa rasmi OPEC ialah bahasa Inggeris. OPEC bermula dengan 5 negara asas, tetapi terdapat penambahan 9 keahlian yang terkemudiannya.

Negara Kawasan Tahun Keahlian

[1][2]

Populasi
(anggaran 2015)[3]
Kawasan
(km2)[4]
Penghasilan Minyak
(bbl/hari, 2016)[upper-alpha 1][5]
Simpanan Sah
(bbl, 2016)[upper-alpha 1][6]
 Algeria Afrika Utara 1969– 39,542,166 2,381,740 1,348,361 12,200,000,000
 Angola Afrika Barat 2007– 19,625,353 1,246,700 1,769,615 8,423,000,000
744px-Flag of Saudi Arabia.svg-1-.png Arab Saudi Timur Tengah 1960[upper-alpha 2] 27,752,316 2,149,690 10,460,710 266,578,000,000
 Ecuador Amerika 1973–1992, 2007– 15,868,396 283,560 548,421 8,273,000,000
 Emiriah Arab Bersatu Timur Tengah 1967[upper-alpha 3] 5,779,760 83,600 3,106,077 97,800,000,000
 Gabon Afrika Barat 1975–1995, 2016– 1,705,336 267,667 210,820 2,000,000,000
 Guinea Khatulistiwa Afrika Barat 2017– 740,743 28,051 227,000 1,100,000,000
Bendera Iran Iran Timur Tengah 1960[upper-alpha 2] 81,824,270 1,648,000 3,990,956 157,530,000,000
800px-Flag of Iraq.svg.png Iraq Timur Tengah 1960[upper-alpha 2] 37,056,169 437,072 4,451,516 143,069,000,000
Bendera Kuwait Kuwait Timur Tengah 1960[upper-alpha 2] 2,788,534 17,820 2,923,825 101,500,000,000
 Libya Afrika Utara 1962– 6,411,776 1,759,540 384,686 48,363,000,000
 Nigeria Afrika Barat 1971– 181,562,056 923,768 1,999,885 37,070,000,000
Bendera Qatar Qatar Timur Tengah 1961– 2,194,817 11,437 1,522,902 25,244,000,000
 Venezuela Amerika 1960[upper-alpha 2] 29,275,460 912,050 2,276,967 299,953,000,000
Jumlah OPEC 452,127,152 12,150,695 35,221,740 1,209,103,000,000
Jumlah Dunia 7,256,490,011 510,072,000 80,622,287 1,650,585,000,000
Peratusan OPEC 6% 2% 44% 73%
  1. ^ a b Satu balang petroleum (bbl) ialah kira-kira 42 galon Amerika atau 159 liter, or 0.159 m3, berbeza-beza mengikut suhu. Sebagai perbandingan, sebuah kapal tangki besar menampung sebanyak 2,000,000 balang (320,000 m3) minyak,[7] dan kadar penghasilan minyak dunia mengambil masa kira-kira 56 tahun untuk menghabiskan simpanan minyak semasa dunia.
  2. ^ a b c d e Lima negara ahli pengasas ini menghadiri persidangan OPEC pertama pada September 1960.
  3. ^ E.A.B ditubuhkan pada Disember 1971. Keahlian OPEC negara ini datangnya daripada keahlian Emiriah Abu Dhabi.
Bekas ahli
  • Flag of Gabon.svg Gabon (keahlian penuh dari 1975 hingga 1995)
  •  Indonesia (keahlian penuh dari Disember 1962 - Mei 2008)
Bakal ahli
  •  Bolivia,  Sudan dan Flag of Syria.svg Syria telah dijemput oleh OPEC untuk menyertai pertubuhan ini.[8]
  • Flag of Brazil.svg Brazil kini berhasrat membentuk keahlian berikutan dalam pencarian minyak di kawasan Atlantik.[9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ibupejabat OPEC di Vienna

OPEC terdiri daripada 11 negara termasuk tujuh negara-negara Arab tetapi juga negara-negara pengeksport terbesar di negara-negara membangun seperti Iran dan Venezuela. Ia telah ditubuhkan pada 17 September 1960 untuk membantah tekanan daripada syarikat-syarikat gergasi minyak (kebanyakan dimiliki warga A.S., Britain dan Belanda) untuk mengurangkan harga minyak dan pembayaran-pembayaran kepada para pengeluar. Pada mulanya pertubuhan ini beroperasi sebagai satu unit tawar-menawar bagi jualan oleh negara-negara Dunia Ketiga. Ia mengekangkan aktiviti-aktivitinya kepada mendapatkan satu bahagian yang lebih besar keuntungan-keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat minyak Barat dan pengawalan yang lebih besar terhadap aras-aras penghasilan. Bagaimanapun, dalam awal 1970-an ia mula untuk menunjukkan kekuatannya.

Perang Yom Kippur[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan konflik Arab-Israel akhirnya mencetuskan satu tindak balas yang menukarkan OPEC daripada satu pakatan biasa menjadi sesuatu kuasa kuat politik. Selepas Perang Enam Hari 1967, ahli-ahli OPEC Arab membentuk satu kumpulan bertindak yang berasingan iaitu Organisasi Negara-negara Pengeluar/Pengeksport Petroleum Arab, untuk tujuan memusatkan polisi dan menguatkan tekanan terhadap Barat kerana sokongannya terhadap Israel. Meskipun Mesir dan Syria bukan negara-negara pengeksport minyak, negara-negara ini menyertai kumpulan berkenaan untuk menguatkan objektif pertubuhan ini. Perang Yom Kippur 1973 meningkatkan lagi pandangan orang-orang Arab tersebut. Dunia Arab mengenakan sekatan minyak 1973 terhadap Amerika Syarikat, Eropah Barat, dan Jepun atas kemarahan negara-negara kawasan ini terhadap usaha-usaha membekalkan kembali minyak yang membolehkan Israel mengalahkan tetera-tentera Mesir dan Syria. Para konglomerat Barat secara tiba-tiba menghadapi satu sekatan bersatu daripada negara penghasil minyak seawal 1970-an.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Ahli negara OPEC memegang lebih kurang dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang kepada 40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport. Terima kasih kepada OPEC, negara-negara ahli menerima lebih daripada sepatutnya yang mereka ekspot. "Tahun lalu, 11 ahli negara OPEC . . . menerima pendapatan $338 bilion dari hasil eksport minyak, peningkatan 42% dari tahun 2003, mengikut angka-angka yang dikumpulkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga Persekutuan (New York Times, Jan. 28, 2005). Dibandingkan angka ini dengan angka dari tahun 1972, para pengeksport minyak ini menerima $23 billion dari hasil export minyak, atau tahun 1977, apabila, selepas daripada peristiwa Krisis minyak 1973, mereka menerima $140 bilion (Daniel Yergin, The Prize [Simon & Schuster, 1991], p. 634).

Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar A.S, perubahan nilai matawang dolar berbanding dengan matawang dunia memberi kesan kepada keputusan kepada berapa banyak OPEC mengeluarkan minyak. Sebagai contoh, apabila dolar jatuh relatif kepada matawang lain, negara-negara OPEC menerima keuntungan yang kurang di dalam matawang lain bagi minyak mereka, menyebabkan sejumlah potongan terhadap kuasa beli mereka, kerana mereka berterusan menjual minyak di dalam dolar A.S. Selepas matawang euro dierkenalkan, Iraq membuat keputusan bahawa minyak mereka harus dibayar di dalam bentuk matawang ini menggantikan dolar A.S.

Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat atas harga minyak antarabangsa. Sebagai contoh, ketika krisis tenaga 1973, OPEC enggan menghantar minyak ke negara-negara barat yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur atau Perang Oktober, yang mana mereka menentang Mesir dan Syria. Keengganan ini menyebabkan harga minyak naik empat kali ganda dan berlarutan hingga lima bulan, bermula pada Oktober 17, 1973, dan berakhir pada 18 Mac 1974. Akhirnya, negara-negara OPEC bersetuju pada 7 Januari, 1975, untuk menaikkan hargaminyak mentah sebanyak 10%. Pada masa itu, negara-negara OPEC — termasuklah kebanyakan negara yang sudah memiliknegarakan industri minyak mereka— menyahut panggilan bagi satu tatacara ekonomi antarabangsa yang dimulakan oleh pakatan negara-negara pengeluar utama. Kesimpulan daripada Sidang Kemuncak OPEC Pertama di Algiers mereka menyeru kepada harga komoditi yang adil dan stabil, satu program makanan dan pertanian, pemindahan teknologi daripada Utara ke Selatan dan pendemokrasian sistem ekonomi .

Tidak seperti banyak kartel lain, OPEC telah berjaya meningkatkan harga minyak untuk penggunaan lanjutan. Sebahagian besar kejayaan OPEC boleh dikaitkan dengan fleksibiliti Arab Saudi. Pertubuhan ini telah bertolak ansur terhadap penipuan di pihak anggota kartel lain, dan mengurangkan pengeluaran sendiri untuk memberikan pampasan bagi anggota lain yang telah melebihi kuota pengeluaran mereka. Tindakan sebeginini memanfaatkannya dengan baik, kerana dengan kebanyakan ahli berada pada pengeluaran penuh, Arab Saudi adalah satu-satunya negara ahli dengan kapasiti lebihan serta juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan bekalan jika diperlukan.

Dasar ini telah berjaya menyebabkan harga minyak mentah meningkat kepada tahap yang telah pada satu masa dicapai hanya dengan produk ditapis. Walau bagaimanapun, keupayaan OPEC untuk menaikkan harga mempunyai beberapa had. Kenaikan harga minyak mengurangkan penggunaan dan boleh menyebabkan penurunan dalam pendapatan bersih. Tambahan pula, kenaikan harga panjang boleh menggalakkan perubahan sifat yang sistematik, seperti penggunaan tenaga alternatif, atau peningkatan pemuliharaan.

Di ambang Perang Teluk pada tahun 1990-91, Presiden Iraq iaitu Saddam Hussein mendokong agar OPEC menaikkan harga minyak, seterusnya membantu Iraq dan negara-negara ahli yang lain melangsaikan hutang perkhidmatan negara-negara ini. Walau bagaimanapun, pertelingkahan di antara negara-negara OPEC yang diganggu oleh Perang Iran-Iraq serta penjajahan Iraq di Kuwait menganggu keutuhan pertubuhan dalam OPEC. Harga minyak mula menurun hanya apabila risiko gangguan bekalan minyak akibat konflik-konflik ini reda.

After oil prices slumped at around $10 a barrel, concerted diplomacy, sometimes attributed to Venezuela’s president Hugo Chávez, achieved a coordinated scaling back of oil production beginning in 1998. In 2000, Chávez hosted the first summit of heads of state of OPEC in 25 years. Pada Ogos 2004, OPEC began communicating that its members had little excess pumping capacity, indicating that the cartel was losing influence over crude oil prices. Indonesia is reconsidering its membership having become a net importer and being unable to meet its production quota.

Setiausaha Agung OPEC[sunting | sunting sumber]

From 21 Jan 1961-Apr 1965 the Chairmen of the Board of Governors were also, ex-officio, the Secretary-general of the organization. The functions of Chairman of the Board of Governors and Secretary-general were separated Apr 1965.

Pengeluar minyak bukan ahli[sunting | sunting sumber]

OPEC dan negara-negara pengeluar minyak lain yang tidak menjadi anggotanya.
Lihat juga Senarai negara pengeluar minyak

Beberapa negara bukan-OPEC adalah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Member Countries". OPEC. Dicapai pada 29 January 2017. 
  2. ^ "OPEC 172nd Meeting concludes". OPEC (Press release). 25 May 2017. 
  3. ^ "Field Listing: Population". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 21 December 2015. 
  4. ^ "Field Listing: Area". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 4 January 2009. 
  5. ^ "Production of Crude Oil including Lease Condensate 2016" (CVS download). US Energy Information Administration. Dicapai pada 28 May 2017. 
  6. ^ "Crude Oil Proved Reserves 2016" (CVS download). US Energy Information Administration. Dicapai pada 28 May 2017. 
  7. ^ Hayler, William B.; Keever, John M. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Press. m/s. 14.3. ISBN 0-87033-549-9. 
  8. ^ OPEC melangkah dengan ahli baru - Kommersant Moscow
  9. ^ Brazil bergembira dengan OPEC

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Logotype of the OPEC
Algeria | Indonesia | Iran | Iraq | Kuwait | Libya | Nigeria | Qatar | Arab Saudi | Amiriah Arab Bersatu | Venezuela