Olivia Cooke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olivia Cooke
Kelahiran
Olivia Kate Cooke

(1993-12-27) 27 Disember 1993 (umur 30)
Manchester, England, United Kingdom
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini

Olivia Catherine Cooke Wilde[1] (lahir 27 Disember 1993) merupakan seorang pelakon wanita United Kingdom. Pada tahun 2014, beliau berlakon dalam tiga filem seram: The Quiet Ones, TThe Signal dan Ouija. Peranan ini melayakkan beliau menerima jolokan Scream Queen. Pada tahun 2015, beliau memegang watak Rachel Kushner dalam filem drama komedi Me and Earl and the Dying Girl.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Cooke dilahirkan pada 27 Disember 1993 di Oldham, Greater Manchester. Beliau ialah anak perempuan Lindsay Wild dan John Cooke. Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Eleanor.[2] Ibu bapanya bercerai ketika beliau masih kecil, dan beliau serta adik perempuannya tinggal bersama ibu mereka.[3] Beliau mula berlakon ketika berusia lapan tahun di Oldham Theatre Workshop, sebuah program drama.[4] Beliau melakonkan watak sebagai Maria dalam penerbitan dari West Side Story untuk Teater Oldham.[5] Pada usia 14 tahun, beliau menerima agen tempatan pertamanya.[6] Pada 2012, beliau muncul dalam video tur "Autumn Term" One Direction sebagai seorang siswa yang menerima tumpangan dari Harry Styles. Meskipun agennya melarangnya untuk mendaftar di sekolah drama kerana beliau sudah menerima tawaran berlakon, beliau tertarik untuk ke Royal Academy of Dramatic Art (RADA) dan berjaya mara ke pusingan akhir uji bakat, tetapi tidak diterima.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Person Details for Olivia Kate Cooke, "England and Wales Birth Registration Index, 1837–2008"". FamilySearch. Dicapai pada 6 December 2015.
  2. ^ "Latics' new safety officer - News - Oldham Athletic". www.oldhamathletic.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-26.
  3. ^ "Three questions for Thomas Mann, RJ Cyler, Olivia Cooke, stars of Me and Earl and the Dying Girl". thestar.com (dalam bahasa Inggeris). 2015-06-08. Dicapai pada 2021-02-26.
  4. ^ "Oldham News | News Headlines | Secret's out: Olivia a rising star in UK and US - Chronicle Online". web.archive.org. 2014-08-21. Dicapai pada 2021-02-26.
  5. ^ "Discovery: Olivia Cooke". Interview Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2014-03-03. Dicapai pada 2021-02-26.
  6. ^ "Wayback Machine". web.archive.org. 2014-12-18. Dicapai pada 2021-02-26. Cite uses generic title (bantuan)
  7. ^ Rotunno, Anthony. "Meet Olivia Cooke, the Scary-Good Actress Set to Take Hollywood by Storm". Teen Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]