Pergi ke kandungan

P-800 Oniks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peluru berpandu Yakhont/Onyx
JenisPeluru berpandu krus
Peluru berpandu krus lancaran udara
Peluru berpandu krus lancaran kapal selam
Peluru berpandu anti kapal
Peluru berpandu permukaan ke permukaan
Peluru berpandu serangan darat
Tempat asalSoviet Union / Rusia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2002–kini[1]
Digunakan olehLihat Pengguna
PerangPerang Saudara Syria
Sejarah pengeluaran
PengeluarNPO Mashinostroyeniya
Dihasilkan1987–kini
Spesifikasi
Berat3,000 kg (6,614 lb)
Panjang8.9 m (29.2 kaki)
Diameter0.7 m (2.3 kaki)
WarheadVersi Rusia 300 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor, thermonuclear; untuk eksport 200 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor
Detonation
mechanism
Fius tertunda

EnjinRamjet
4 tan kuasa tujahan
Lebar sayap1.7 m (5.6 kaki)
BebalingBahan api cecair kerosin
Jarak
operasi
600 km (370 bt; 320 nmi) (versi Oniks untuk Rusia)
120 hingga 300 km (75 hingga 186 bt; 65 hingga 162 nmi) bergantung pada altitud (versi eksport Yakhont)
Siling penerbangan14,000 m
Altitud penerbangan10 meter atau lebih
KelajuanMach 2-3
Sistem
pemanduan
panduan inersia, kepala penjejak panduan radar aktif-radar pasif semasa penerbangan
Ketepatan1.5 m[2]
Platform
pelancaran
Pemasangan pantai, kapal laut, pesawat kepak kaku

P-800 Oniks (Rusia: П-800 Оникс; bahasa Inggeris: Onyx), juga dikenali dalam pasaran eksport sebagai Yakhont (Rusia: Яхонт; bahasa Inggeris: ruby), adalah sebuah peluru berpandu krus anti kapal supersonik dari Soviet / Rusia yang dibangunkan oleh NPO Mashinostroyeniya sebagai sebuah versi ramjet terbitan P-80 Zubr. Designasi GRAU adalah 3M55, versi lancaran udara Kh-61 juga wujud. Nama pengenalan NATO rasmi bagi peluru berpandu ini adalah SS-N-26 "Strobile". Pembangunan rasminya bermula pada tahun 1983, dan pada tahun 1990an peluru berpandu anti kapal ini telah diuji pada kapal Projek 1234.7. Pada tahun 2002, peluru berpandu ini lulus kesemua ujian dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan.[3] Walaupun ia bertujuan untuk mengantikan peluru berpandu P-270 Moskit, terdapat kemungkinan ia juga akan mengantikan peluru berpandu P-700 Granit. P-800 telah diguanakan sebagai asas untuk pembangunan bersama peluru berpandu supersonik BrahMos oleh Rusia/India.[4]

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Syria[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Sergei Prikhodko penasihat kanan kepada Presiden Rusia, telah berkata bahawa Rusia ingin menghantar peluru berpandu P-800 ke Syria berdasarkan pada sebuah kontrak yang telah ditandatangani pada tahun 2007.[5][6] Syria telah menerima dua sistem peluru berpandu Bastion dengan 36 buah peluru berpandu setiap sistem (72 buah keseluruhannya).[7] Ujian peluru berpandu ini telah disiarkan oleh stesen TV negara Syria.[8]

Pada bulan Mei 2013, Rusia meneruskan kontrak penyerahan kepada kerajaan Syria dengan bersama-sama dengan sebuah radar canggih untuk menjadikan ia lebih efektif untuk melawan sebarang serangan ketenteraan pada masa akan datang.[9][10] Gudang yang menyimpan peluru berpandu Bastion kemudian dimusnahkan dalam sebuah serangan udara oleh Israel di Latakia pada 5 Julai 2013, tetapi para analisis A.S percaya bahawa peluru berpandu ini telah dialihkan sebelum serangan.[11]

Peluru berpandu Oniks telah digunakan pada tahun 2016 untuk menghancurkan sasaran-sasaran ISIS.[12][13][14]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Peta dengan pengguna P-800 dalam warna biru
  • Hezbollah – dengan pelbagai pelantar pelancaran.[15]
  •  Indonesia – 4 VLS (sistem pelancaran menegak) yang dipasang pada sebuah frigat kelas Ahmad Yani, KRI Oswald Siahaan (354).[16]
  • Rusia – 3 kompleks "Bastion-P" telah diserahkan pada tahun 2010, kesemua kompleks telah dibawa masuk ke dalam perkhidmatan Briged Artileri Peluru Berpandu Pantai Bebas ke-11, Armada Laut Hitam Rusia yang berpangkalan berhampiran dengan Anapa[17] dan Projek 1234.7 Nakat, sebuah korvet kelas Nanuchka IV telah ditauliahkan pada tahun 1987 dengan 2x6 Oniks.[18] "Bastion-P" telah diaturgerak oleh tentera Rusia ke Crimea.[19] Sebuah lagi kompleks Bastion-P telah diserahkan pada tahun 2015.[20] 2 sistem Bastion kini berada dalam perkhidmatan bersama Armada Utara dan sekurang-kurangnya sebuah kompleks bersama dengan Daerah Ketenteraan Barat (Armada Baltik).[21][22] Dua buah sistem lagi memasuki perkhidmatan pada tahun 2016 dengan Armada Pasifik.[23][24] Kelas kapal selam penyerang berkuasa nuklear terbaru Rusia, kapal selam kelas Yasen, juga boleh melancarkan peluru berpandu ini.[25] Versi peluru berpandu lancaran kapal selam mula memasuki perkhidmatan pada tahun 2016.[26] Dua buah sistem peluru berpandu Bastion telah diserahkan pada tahun 2017 dan sebuah lagi pada tahun 2018.[27][28] Keseluruhannya, 4 sistem Bal dan Bastion telah diserahkan pada tahun 2018.[29]
  •  Syria – 2 kompleks "Bastion-P" telah diserahkan pada tahun 2011, 72 buah peluru berpandu.[30][31]
  •  Vietnam – 2 sistem pertahanan pantai "Bastion-P" telah diserahkan, 40 buah peluru berpandu.[32][33]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MIC "NPO mashinostroyenia" - History". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  2. ^ http://missiledefenseadvocacy.org/missile-threat-and-proliferation/missile-proliferation/russia/16962-2/
  3. ^ "Nakat". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  4. ^ "Brahmos Missiles - The Hans India". www.thehansindia.com. Dicapai pada 22 November 2015.
  5. ^ "BBC News - Syria crisis: Russia 'sends sophisticated weapons'". BBC News. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  6. ^ "Despite Israeli protests, Russia won't halt arms sale to Syria". Haaretz.com. 30 Ogos 2010. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  7. ^ "Bastion missile systems to protect Russian naval base in Syria". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  8. ^ "Syria Navy with Yakhont missile.flv". YouTube. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  9. ^ "BBC News - Syria crisis: US rues Russian missiles sent to Damascus". BBC News. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  10. ^ Gordon, Michael R.; Schmitt, Eric (16 Mei 2013). "Russia Sends More Advanced Missiles to Aid Assad in Syria" – melalui NYTimes.com.
  11. ^ Gordon, Michael R. (31 Julai 2013). "Some Syria Missiles Eluded Israeli Strike, Officials Say". New York Times.
  12. ^ https://www.youtube.com/watch?v=veunTV1RUPQ
  13. ^ https://www.reuters.com/article/us-mideast-crisis-syria-russia-strikes-idUSKBN13A19Y?il=0
  14. ^ https://www.middleeastobserver.org/2016/11/15/putin-orders-bombing-aircraft-carrier-syria-hours-after-call-with-trump/
  15. ^ Amos Harel and Gili Cohen: Hezbollah: From terror group to army, Haaretz, 12 July 2016. Quote: "Hezbollah now [as compared to 2006] has Yakhont missiles with a longer range, better precision and diverse launching options." [1]. Retrieved 13 July 2016.
  16. ^ Koh Swee Lean Collin (31 Mei 2011). "Indonesia's Anti-ship Missiles: New Development In Naval Capabilities – Analysis". Eurasia Review. Dicapai pada 11 Mac 2014.
  17. ^ "Ракетный комплекс "Бастион" будет защищать берега Анапы". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  18. ^ Wertheim, Eric (2007). The Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems. Naval Institute Press. m/s. 625. ISBN 9781591149552.
  19. ^ "Russia parades Bastion-P in Crimea". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  20. ^ "ЦАМТО / Новости / В Национальном центре управления обороной страны под руководством С.Шойгу прошел Единый день приемки военной продукции".
  21. ^ Sputnik. "Russia's Northern Fleet Receives New Bastion Coastal Defense Systems".
  22. ^ "Russian Navy received more than 100 Kalibr, Onix missiles in 3rd quarter".
  23. ^ "Sputnik Images media library". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2016. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  24. ^ Sputnik. "Message for Tokyo? Russia Deploys Bastion-P Coastal Defense System in Kamchatka".
  25. ^ "Russia's First Yasen-Class Submarine is Combat-Ready".
  26. ^ "Advanced anti-ship cruise missile systems enter service with Russian Navy".
  27. ^ http://eng.mil.ru/en/news_page/country/more.htm?id=12160216@egNews
  28. ^ http://tass.com/defense/1014216
  29. ^ https://function.mil.ru/news_page/country/more.htm?id=12208613@egNews
  30. ^ "Lenta.ru: Наука и техника: Россия поставила Сирии противокорабельные комплексы "Бастион"". Dicapai pada 23 Disember 2014.
  31. ^ Haaretz (1 Disember 2011). "Report: Russia delivers supersonic cruise missiles to Syria". Haaretz. Dicapai pada 1 Disember 2011.
  32. ^ "/ / «»". 24 Oktober 2011. Dicapai pada 23 Disember 2014.
  33. ^ "Indonesia's Anti-ship Missiles: New Development In Naval Capabilities - Analysis". Eurasia Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2011. Dicapai pada 23 Disember 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]