Peluru berpandu udara ke permukaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang juruterbang sedang memeriksa peluru berpandu AGM-65 Maverick pada pesawat A-10 Thunderbolt II.
Peluru berpandu kruis Taurus KEPD 350 yang digunakan oleh Luftwaffe Jerman.

Peluru berpandu udara ke permukaan (juga dikenali, peluru berpandu udara ke darat) merupakan sejenis peluru berpandu yang direka untuk dilancarkan daripada pesawat tentera seperti (pesawat pengebom, pesawat penyerang, pesawat pejuang atau yang sejenis dengannya) dan memusnahkan sasaran-sasaran di darat, laut atau kedua-duanya. Ia menyerupai bom-bom luncuran berpandu tetapi untuk dipertimbangkan sebagai sebuah peluru berpandu, ia biasanya memiliki sistem pendorong. Dua jenis sistem pendorong yang biasa digunakan adalah motor roket dan enjin jet. Kebanyakan peluru berpandu udara ke permukaan buatan Kesatuan Soviet dikuasai oleh ramjet, yang mana memberi ciri-ciri berjarak jauh dan berkelajuan tinggi.

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Sistem panduan bagi peluru berpandu udara ke darat biasanya melalui panduan laser, panduan inframerah, panduan optik atau isyarat GPS. Jenis panduan yang akan digunakan bergantung kepada jenis sasaran yang hendak dimusnahkan. Sebagai contoh, kapal boleh dikesan melalui radar pasif atau aktif, yang mana tidak cukup berkesan untuk mengesan sasaran di darat. Ini kerana sasaran di darat bukan terdiri daripada struktur logam yang besar dan dikelilingi oleh ruang kosong.

Terdapat pertalian di antara peluru berpandu udara ke permukaan dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan. Sebagai contoh, terdapat versi lancaran udara bagi peluru berpandu Tomahawk, walaupun penggunaannya telah digantikan dengan AGM-86 ALCM. Peluru berpandu lain yang digunakan dalam kedua-kedua keadaan termasuk peluru berpandu anti kapal Penguin dan AGM-84 Harpoon. Kebanyakan peluru berpandu udara ke permukaan boleh digunakan untuk memusnahkan sama ada sasaran-sasaran di laut atau di darat, bagaimanapun beberapa darinya terpaksa diubahsuai bagi melkasanakan kedua-dua peranan ini dengan berkesan. Sebagai contoh, Peluru Berpandu Serangan Darat Lancaran Jauh merupakan peluru berpandu Harpoon versi serangan darat.

Salah satu kelebihan utama peluru berpandu udara ke permukaan berbanding persenjataan lain boleh digunakan oleh pesawat menyerang sasaran darat keupayaan untuk dilancarkan pada jarak jauh. Ini membolehkan sesebuah pesawat kelnacarkan peluru berpandu di luar dari lingkungan pertahanan udara musuh di sekitar tempat sasaran. Kebanyakan peluru berpandu ini terdiri dari jenis tembak-dan-lupa bagi mengambil kelebihan ciri keupayaan pelancaran jarak jauh – ia bermakna pada sesebuah platform udara boleh menjauhkan diri setelah peluru berpandu dilepaskan. Beberapa peluru memiliki jarak yang cukup untuk dilancarkan pada jarak melangkaui ufuk. Peluru berpandu jenis ini (biasanya peluru berpandu kruis atau anti kapal) perlu berupaya untuk mengesan dan memandu peluru berpand ke arah sasaran tanpa disedari.

Sub kategori peluru berpandu udara ke permukaan[sunting | sunting sumber]

Antara jenis peluru berpandu yang termasuk dalam kategori peluru berpandu udara ke permukaan termasuk:

Umumnya, lebih tingi dan pantas pesawat pelancaran diterbangkan, peluru berpandu ini boleh mengenai sasaran yang lebih jauh. Untuk sebuah peluru berpandu jarak jauh perbezaan ini mungkin kecil, akan tetapi bagi sebuah peluru berpandu jarak dekat seperti AGM-65 Maverick secara dramatiknya mampu meningkatkan jarak apabila dilancarkan pada aras tinggi.

Terdapat juga peluru berpandu balistik lancaran udara, tetapi jumlahnya amat kecil. Kadang kala, peluru berpandu ini diasingkan kepada kategori taktikal dan strategik. Ia merujuk kepada peletup konvensional atau kepala peledak kecil (taktikal) dan kepala peledak nuklear yang besar (strategik).

Senarai peluru berpandu udara ke permukaan[sunting | sunting sumber]

Argentina[sunting | sunting sumber]

Australia[sunting | sunting sumber]

  • Lihat Amerika Syarikat (bawah)

China[sunting | sunting sumber]

Perancis[sunting | sunting sumber]

Jerman[sunting | sunting sumber]

India[sunting | sunting sumber]

Iran[sunting | sunting sumber]

Norway[sunting | sunting sumber]

Pakistan[sunting | sunting sumber]

Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Sweden[sunting | sunting sumber]

Turki[sunting | sunting sumber]

UK[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Soviet/Rusia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]