Padang Mahsyar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri Islam
150px
Rukun Iman

Hari Akhirat

Tanda-Tanda Kiamat
Hari Kiamat (القيامة)
Alam Barzakh (برزخ)
Dabbat al-Ard (دابة الأرض‎)
Dajal (الدّجّال‎)
Imam Mahdi (المهدي‎)
Nabi Isa a.s. (عيسى‎)
Yakjuj & Makjuj (يأجوج و مأجوج‎)  ·
Tiupan Sangkakala
Padang Mahsyar (محشر‎)
Siratal Mustaqim(الصراط المستقيم‎)
Syurga Firdaus (فردوس‎)
Neraka Jahannam (جهنم‎)

Portal Islam

Padang Mahsyar / Mahsyar (Arab: محشر) dalam Islam adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad. Hari-hari di Padang Mahsyar itu disebut sebagai Yawm al Mahsyar (Arab:يومالمحشر).

Dalil Al-Quran tentang Padang Mahsyar[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nazi'at:

Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), (6)

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); (7)
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, (8)
Pemandangannya tunduk gerun. (9)
Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? (10)
Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput? (11)
Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan! (12)
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua); (13)
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (14)

Pengelompokkan manusia[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah an-Naba:

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, (17)

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); (18)

Keadaaan bersendirian[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Anaam:

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya (94)

Keadaaan buta[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124)

Keadaaan kelabu matanya[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Taha:

Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. (100)

Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (101)
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. (102)

Keadaaan menyeret muka, buta, bisu dan pekak[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Israk:

Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. (97)

Keadaaan duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam[sunting | sunting sumber]

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Maryam:

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam. (68)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]