Terbelahnya bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran "Terbelahnya Bulan" oleh Muhammad, dilukis oleh seorang seniman Muslim, berdasarkan kisah-kisah dan tulisan Islam.[1]
Sebahagian dari siri mengenai
Muhammad
Muhammad
 

Terbelahnya bulan (Bahasa Arab: انْشَقَّ الْقَمَرُ‎) ialah suatu mukjizat yang dikaitkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.[2] Ia berasal daripada ayat-ayat al-Quran 54:1–2[A] dan disebutkan dalam tradisi Islam seperti sebab-sebab penurunan (konteks wahyu). Ramai pengulas Muslim, terutamanya dari zaman pertengahan, mentafsirkan secara harfiah kejadian itu sebagai pemisahan fizikal bulan, sementara beberapa orang yang lain menganggapnya sebagai peristiwa yang akan terjadi semasa hari kiamat ataupun ilusi optik.

Tradisi awal yang menyokong tafsiran harfiah adalah berdasarkan kepada kewibawaan para sahabat nabi seperti Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abdullah ibn Mas'ud dan lain-lain.[4][B] Menurut cendekiawan Muslim India Abdullah Yusuf Ali, bulan akan terbelah lagi apabila hari kiamat menghampiri. Beliau berkata bahawa ayat-ayat itu mungkin mempunyai maksud alegori iaitu perkara tersebut menjadi jelas seperti bulan.[6] Ayat-ayat al-Quran 54:1–2 menjadi sebahagian daripada perbahasan antara ahli teologi Muslim zaman pertengahan dan ahli falsafah Muslim mengenai isu kemurnian jasad langit tersebut. Pada 2010, ahli sains Institut Sains Bulan NASA (NLSI) Brad Bailey berkata, "Tiada laporan bukti saintifik bahawa Bulan telah terbelah kepada dua (atau lebih) bahagian dan kemudiannya dihimpunkan semula pada bila-bila masa di masa lalu."[7]

Kisah tersebut telah digunakan oleh beberapa Muslim kemudiannya untuk memberi keyakinan kepada orang lain mengenai kenabian Muhammad S.A.W.[8] Ia juga memberi ilham kepada ramai pemuisi Muslim, terutamanya di India.[9]

Latar belakang peristiwa[sunting | sunting sumber]

Ayat 54:1–2 al-Quran berbunyi:[A]

La bracket.png Surah al-Qamar ayat 2وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ‎ Surah al-Qamar ayat 1 اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ‎ Ra bracket.png
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.[54:1] Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.[54:2]

Tradisi dan cerita awal menjelaskan bahawa ayat ini merupakan suatu mukjizat Muhammad S.A.W, berikutan permintaan daripada beberapa orang Quraisy.[10][11] Kebanyakan pengulas Muslim menerima keaslian tradisi itu. Ayat 54:2 yang berikutnya diambil bagi menyokong pandangan tersebut.[11] Pengulas klasik Ibn Kathir menyediakan satu senarai tradisi awal yang menyebut kejadian tersebut: Sebuah tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Anas bin Malik yang menyatakan bahawa Muhammad membelah bulan selepas orang Makkah ingin melihat suatu mukjizat. Tradisi lain daripada Malik yang disampaikan melalui rantaian rawi yang lain, mengatakan bahawa Gunung Nur boleh dilihat di antara dua bahagian bulan (Gunung Nur terletak di Hijaz. Orang Islam percaya bahawa Muhammad menerima wahyu pertamanya di dalam gua yang berada di gunung ini dan ia dikenali sebagai Gua Hira').[12] Satu tradisi yang dirawikan pada kewibawaan Jubayr ibn Mut'im dengan satu rantaian tunggal penyampaian mengatakan bahawa dua bahagian bulan berdiri di dua gunung. Tradisi ini lebih lanjut menyatakan bahawa penduduk Makkah mengatakan "Muhammad telah membawa kita dengan sihirnya… Jika dia mampu membawa kita kepada sihirnya, dia tidak melakukan demikian dengan semua orang." Tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Ibn Abbas secara ringkas menyebut kejadian itu dan tidak memberikan banyak perincian.[4] Bagi tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Abdullah bin Masud menerangkan kejadian tersebut seperti yang berikut:[4][13]

Kami bersama dengan Rasulullah di Mina, bulan itu terbahagi menjadi dua. Salah satu bahagiannya berada di belakang gunung dan yang lainnya berada di sisi gunung ini. Rasulullah S.A.W bersabda kepada kami: Saksikanlah ini.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Surah al-Qamar ayat 1–2.[3]
  2. ^ Menurut al-Tabari, semua ahli takwil bersetuju dengan penjelasan yang sama bagi peristiwa wahyu untuk ayat-ayat ini.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Splitting of moon, Sahih Bukhari, Book 39, Chapter 1". Sahih Bukhari (dalam bahasa Inggeris). Pusat untuk Penglibatan Muslim–Yahudi, Universiti California Selatan. Diarkibkan daripada asal pada 4 Ogos 2011. 
  2. ^ Nicolai Sinai; William Montgomery Watt (4 Jun 2018). "Muhammad: Prophet of Islam" (dalam bahasa Inggeris). Ensiklopedia Britannica. Diarkibkan daripada asal pada 11 Jun 2018. Dicapai 11 Jun 2018. 
  3. ^ "Surah Al-Qamar - سورة القمر". Surah.my. Diarkibkan daripada asal pada 2 Jun 2018. Dicapai 11 Jun 2018. 
  4. ^ a b c Ibn Kathir. "Tafsir Ibn Kathir › Surah Al Qamar" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 11 Jun 2018. Dicapai 11 Jun 2018. 
  5. ^ Thomas E. Burman (1994). Religious Polemic and the Intellectual History of the Mozarabs, C.1050-1200 (dalam bahasa Inggeris). Leiden; New York: E.J. Brill. m/s. 150. ISBN 9789004099104. OCLC 862121914. Dicapai 11 Jun 2018. 
  6. ^ Robert G. Mourison (2002). "The Portrayal of Nature in a Medieval Qur'an Commentary". Studia Islamica. doi:10.2307/1596214. JSTOR 1596214. 
  7. ^ Brad Bailey (21 Jun 2010). "NASA Lunar Science - Evidence of the moon having been split in two". Institut Maya Penyelidikan Penerokaan Sistem Suria (dalam bahasa Inggeris). NASA. Diarkibkan daripada asal pada 11 Jun 2018. Dicapai 11 Jun 2018. 
  8. ^ Annemarie Schimmel (1985). And Muhammad is His Messenger: The Veneration of the Prophet in Islamic Piety (dalam bahasa Inggeris). Chapel Hill: The University of North Carolina Press. m/s. 69–70. ISBN 9780807816394. OCLC 918041868. 
  9. ^ Wensinck, A.J. (2007). P. Bearman; Th. Bianquis; C.E. Bosworth; E. van Donzel; W.P. Heinrichs, para penyunting. Muʿd̲j̲iza. Encyclopaedia of Islam (dalam bahasa Inggeris) (edisi ke-2). Brill. doi:10.1163/1573-3912. ISBN 9789004161214. OCLC 818849331. Diarkibkan daripada asal pada 11 Jun 2018. Dicapai 11 Jun 2018. 
  10. ^ "MISTERI TERBELAHNYA BULAN. -penelitian ilmiah dari satu mukzijat Nabi Muhammad s.a.w". ivanalbar.multiply.com (dalam bahasa Indonesia). 24 Mei 2006. Diarkibkan daripada asal pada 21 Jun 2006. Dicapai 12 Jun 2018. 
  11. ^ a b Allameh Tabatabaei, Tafsir al-Mizan, ayat 54:1-2
  12. ^ Muhammad Abduh Tuasikal (20 April 2018). "Faedah Sirah Nabi: Menerima Wahyu Pertama di Gua Hira" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Rumaysho.com. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 12 Jun 2018. Dicapai 12 Jun 2018. 
  13. ^ The Book Giving Description of the Day of Judgement, Paradise and Hell – Book 039, Number 6725. Sahih Muslim. Pusat untuk Penglibatan Muslim–Yahudi, Universiti California Selatan. Diarkibkan daripada asal pada 4 Ogos 2011.