Padang besbol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Besbol, Kubah Kyocera Osaka, bandar Osaka tarikh September 25, 2018

Padang besbol, juga dapat disebut sebagai berlian besbol, ialah padang di mana permainan besbol akan dimainkan. Istilah ini juga boleh mengacu sebagai metonimi untuk taman besbol. Selain daripada penggunaan istilah berlian besbol, kata sandlot kadang pula digunakan sebagai penyebut. Walaupun istilah tersebut biasanya merujuk kepada tempat yang kurang teratur untuk aktiviti seperti permain bola pasir atau istana pasir.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Ada beza yang perlu difahami, bagi gambar ini ialah yang membincangkan spesifikasi bahagian yang merujuk kepada resam-resam dalam Peraturan Besbol Rasmi, di mana Besbol Liga Utama atau (MLB) dimainkan.[1]
Gambar rajah padang besbol (keterangan tidak tersedia dalam bahasa melayu, hanya ada dalam bahasa inggris)

Titik permulaan permainan di atas padang ialah "pelapis pangkal/home plate" (secara rasminya "home base") iaitu benda berbentuk kepingan getah putih yang memiliki lima sisi. Salah satu sisi memiliki panjang 17 inci (43 cm), sedang dua sisi yang bersebelahannya ialah 8.5 inci (22 cm). Baki dua sisi lainnya adalah kira-kira sepanjang 11 inci (30 cm) dan ditetapkan pada sudut simetri. Pelapis diletakkan ke dalam tanah supaya permukaannya sejajar dengan permukaan padang di sekitar. Sudut home plate di mana kedua-dua sisi yang memiliki panjang 11 inci berhampiran pada sudut pada salah satu sudut 90-kaki (27.43 m) yang berbentuk segi empat sama. Tiga penjuru petak yang lain, mengikut urutan berlawanan arah jarum jam dari pelapis rumah. Petak itu disebut sebagai pangkal satu, pangkal dua, dan pangkal tiga. Pangkal-pangkal ini dilukiskan tanda dengan kanvas atau kusyen getah, masih-masinh memiliki jarak sepanjang 18 inci (46 cm) [2] dan segi empat sama dan 3–5 inci (7.6–12.7 cm) tebal. Bersebelahan dengan setiap dua sisi 8.5 inci selari adalah kotak bagi sang pemukul tongkat.

Semua pangkalan, termasuk home base, terletak sepenuhnya dalam Cakupan munasabah. Kerana itu, mana-mana bola yang dipukul oleh pemukul dengan tongkat kemuduan menyentuh pangkalan tersebut mestilah dianggap sebagai bola munasabah. Meski beg pangkal pertama dan ketiga diletakkan di dalam persegi 90 kaki yang dibentuk oleh tapak, beg pangkal kedua diletakkan langsung menghadap cakupan rerumputan supaya pusatnya (tidak seperti pertama, ketiga dan pelapis) bertepatan dengan tepat pada "titik" persegi, 90 kaki. Sebenarnya walaupun "titik" tapak dirasmikan sepanjang 90 kaki, jarak fizikal yang sebenar antara setiap pangkal-pangkal lebih hampir kepada 88 kaki (26.8 m).[3]

Berhampiran dengan pusat kotak itu terdapat sebuah guar buatan yang dikenali sebagai busut pembaling, di atas busut tersebut terdapat tempat pijak dari getah putih bagi pitcher. Tempat pijak itu juga dijuluki oleh pemain-pemain sebagai "getah/rubber". Spesifikasi bagi busut pembaling diterangkan di bawah.

Garis-garis dari plat rumah ke pangkalan pertama dan ketiga memanjang sampai ke pagar, tempat berdiri atau halangan lain yang terdekat disebut garisan penceroboh. Bahagian padang permainan antara (dan termasuk) garisan penceroboh adalah cakupan munasabah; selebihnya daripada itu biasa disebut juga "cakupan penceroboh". Zon kotak yang dibentuk oleh pangkal-pangkal yang trlah disebutkan tadi secara rasmi dipanggil infield (padang dalaman), walaupun dalam bahasa sehari-hari istilah ini juga termasuk cakupan munasabah di sekitar tempat datar; cakupan munasabah ke arah luar dikenali sebagai outfield (padang luaran). Kebanyakan padang besbol dikelilingi dengan pagar yang menandakan pinggir terluar dari padang. Pagar biasanya ditetapkan pada jarak antara 300 hingga 420 kaki (90 hingga 130 m) dari pelapis pangkal. Kebanyakan padang besbol profesional dan kolej mempunyai tiang penceroboh pada bahagian kanan dan kiri iaitu kira-kira 440 hingga 500 kaki (130 hingga 150 m) secara terpisah.[4] Tiang-tiang ini berada di persimpangan garisan pencoroboh dan pada hujung masing-masing dari pagar luar dan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh resam pangkal, terletak di cakupan munasabah. Apabila bola yang dipukul berjaya melepasi dinding terluar terhempas melayang kemudjan jatuh menyentuh tiang busuk, maka bola sah mendapat poin dan pemukul diberi larian pangkal (home run).

  1. ^ "Official Rules: 1.00 Objectives of the Game". Major League Baseball. Dicapai pada 26 October 2014.
  2. ^ "MLB new rules 2023".
  3. ^ "DIAGRAM NO 2". Official Rules of Major League Baseball, 2013 Edition (PDF). Triumph Books. 2013. m/s. 5. ISBN 978-1-60078-797-3.
  4. ^ http://web.mit.edu/~xsdg/Public/papers/himcm-2003.pdf "The width is the distance between foul poles... the Twins’ field width (473.9 ft) and the Braves’ field width (470.2 ft) is not significant. However, the difference between the Rockies’ and Yankees’ field widths (492.9 ft and 446.9 ft, respectively) is very significant."