Pak Lah Cecupak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pak Lah Cecupak (lahir Noor Affendi bin Nurdin; 1967 – 21 November 2020)[1] merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan pelawak Cecupak. Selain menyanyi, beliau juga aktif mencipta lagu dan menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Pada September 2020, Pak Lah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi menjalani rawatan selepas disahkan menghidap penyakit barah usus tahap keempat.[2] Beliau meninggal dunia pada Sabtu, 21 November 2020 akibat penyakit itu pada usia 53 tahun.[3] Pak Lah meninggalkan balu, Miza Ali dan tiga anak.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 November 2020). "Pak Lah Cecupak meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 September 2020). "Doakan Pak Lah Cecupak". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2020.
  3. ^ Zulhilmi Jalil (21 November 2020). "Derita kanser usus, Pak Lah Cecupak meninggal dunia". Astro Gempak. Dicapai pada 22 November 2020.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (21 November 2020). "Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus". mStar Online. Dicapai pada 22 November 2020.