Astro Gempak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Astro Gempak atau lebih dikenali dengan nama baharu ‘Gempak', merupakan sebuah perkhidmatan digital hiburan Melayu popular yang telah diperkenalkan pada bulan Jun 2012. ‘ Gempak ’ menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, video-video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri-siri televisyen yang terhebat dari dalam dan luar negara.


Gempak
Gempak.png
Logo Rasmi Gempak.com
Info Mengenai Gempak.com
Astro Gempak atau lebih dikenali dengan nama baharu ‘Gempak
Ditubuhkan pada Malaysia:
Jun 2012
Nama AsalAstro Gempak
Nama BaharuGempak
Golongan Sasar18–34 tahun
BahasaBahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Web

 Malaysia:
www.gempak.com
 Malaysia:
www.gempak.tv

 Indonesia:
www.gempak.id

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, Astro Gempak dilancarkan pada tahun 2012 betujuan untuk mempromosikan rancangan - rancangan Melayu Astro di platform digital di mana isi kandungannya hanyalah klip - klip promosi dari rancangan - rancangan TV sahaja. Seterusnya Murai di serap masuk ke dalam Astro Gempak dan bermula dari situ, artikel - artikel yang berkaitan dengan dunia hiburan mula diterbitkan. Untuk memperkukuhkan lagi Gempak di dunia digital, akaun - akaun media sosial juga di tubuhkan.

Kini, Gempak menyasarkan golongan Melayu Millennials atau Malaynnials (remaja berumur 18–34 tahun) sebagai audiens sasarannya. Gempak terus menghiburkan dan menghubungkan generasi Malaynnials yang sentiasa menginginkan informasi yang cepat, tepat dan mudah.

Media Sosial[sunting | sunting sumber]

Gempak Originals[sunting | sunting sumber]

  • The House Musim Pertama (Adik Beradik Maembong) - 2016
  • The House Musim Kedua (Dato' Seri Vida) - 2016
  • The House Musim Ketiga (Rozita Che Wan) - 2017
  • The House Musim Keempat (Fattah Amin & Alvin Chong) - 2018
  • The House Musim Kelima (BBNU) - 2019
  • 3 Gadis Manis Musim 1 - 2017
  • 3 Gadis Manis Musim 2 - 2018
  • Dari Hati - 2017
  • Mata Cinta - 2017
  • Road Thrift
  • Sah To Share
  • MV 10
  • Terima Kasih MY
  • That Famillar Trip
  • 2 Girls, 1 Bag and Me
  • Fikrikan Anak Abah
  • Hello TUNs
  • The Amazing Malaysian Heroes
  • Malaysia's Amazing Race : The Impossible GE
  • Dua The Series
  • PASKAL 24 Jam
  • Cinta Amoi 1
  • Cinta Amoi 2


Gempak Fan Club (Gempak FC)[sunting | sunting sumber]

'Gempak’ berusaha untuk membina pangkalan peminat atau ‘fanbase’ dengan memupuk budaya ‘fandom’ menerusi kandungan eksklusif yang dipersembahkan dalam bentuk video, aktiviti lapangan, komuniti sosial di atas talian dan melalui siri-siri kandungan ‘digital-first’. Menerusi ‘Gempak’, pengguna boleh menjadi sebahagian dari kelab peminat, 'Gempak FC, dan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran hebat, memiliki barangan eksklusif serta menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang pastinya bakal mencetuskan pengalaman terhebat dalam hidup mereka.

Aplikasi Gempak[sunting | sunting sumber]

Aplikasi Gempak dilancarkan pada Jun 2017, menyediakan kandungan menarik untuk ditonton seperti Suri Hari Mr. Pilot, Dia Semanis Honey, Isteri vs. Tunang, Suami Tanpa Cinta, Lara Oh Lara, Little Princess Aisyah, Cinta Paling Agung ataupun livestream siri hiburan paling popular seperti Anugerah MeleTOP Era, Akademi Fantasia, Ceria PopStar, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Lawak Solo. Aplikasi ini boleh diakses secara percuma pada bila-bila masa dan di mana saja.