Pakatan Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pakatan Besi
{{{image_alt}}}
Galeazzo Ciano, Adolf Hitler dan Joachim von Ribbentrop semasa menandatangani perjanjian Pakatan Besi di Reichskanzlei, Berlin
Perjanjian Persahabatan dan Perikatan antara Jerman dan Itali
Jenis Ketenteraan-politik
Ditandatangani 22 Mei 1939 di Berlin, Jerman
Tamat tempoh 1949 (secara efektif pada 1943)
Penandatangan
Bahasa Jerman, Itali

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Pakatan Besi (Bahasa Jerman: Stahlpakt, Bahasa Itali: Patto d'Acciaio), dikenali secara rasmi sebagai Perjanjian Persahabatan dan Perikatan antara Jerman dan Itali, adalah satu perikatan ketenteraan dan politik antara Kerajaan Beraja Itali dan Jerman Nazi.

Pakatan itu pada mulanya di draf sebagai perikatan tentera tiga pihak antara Jepun, Itali dan Jerman. Sewaktu Jepun menginginkan fokus perjanjian ditujukan pada Soviet Union, Itali dan Jerman mahu ia ditujukan pada Empayar British dan Perancis. Disebabkan perselisihan ini, perjanjian itu ditandatangani tanpa Jepun dan menjadi persetujuan antara Fasis Itali dan Nazi Jerman, ditandatangani pada 22 Mei 1939 oleh menteri luar negeri Galeazzo Ciano dari Itali dan Joachim von Ribbentrop dari Jerman.

Perjanjian itu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah satu deklarasi terbuka kepercayaan dan kerjasama berterusan antara Jerman dan Itali sementara bahagian yang kedua, iaitu "Protokol Tambahan Rahsia", menggalakkan penyatuan dasar ketenteraan dan ekonomi. Walaupun berkuatkuasa selama 10 tahun, ia secara efektif terbatal pada tahun 1943 dengan penyingkiran kerajaan fasis Itali.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Cetakan[sunting | sunting sumber]

  • Belco, Victoria (2010). War, Massacre, and Recovery in Central Italy, 1943–1948. University of Toronto. ISBN 978-0-8020-9314-1. 
  • Corvaja, Santi (2013). Hitler & Mussolini: The Secret Meetings. Enigma Books. ISBN 978-0982491164. 
  • Hiden, John (2014). Germany and Europe 1919–1939. Routledge Publishing. ISBN 978-1-317-89627-2. 
  • Knight, Patricia (2013). Mussolini and Fascism. Routledge. ISBN 978-1136477508. 
  • Knox, MacGregor (2002). Hitler's Italian Allies: Royal Armed Forces, Fascist Regime, and the War of 1940–1943. Cambridge University. ISBN 978-1-139-43203-0. 
  • Maltarich, William (2005). Samurai and Supermen: National Socialist Views of Japan. Peter Lang Publishing. ISBN 978-3-03-910303-4. 
  • Nicholls, David (2000). Adolf Hitler: A Biographical Companion. ABC-CLIO. ISBN 978-0-87436-965-6. 
  • Shirer, William (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-62420-0. 

Online[sunting | sunting sumber]

Media[sunting | sunting sumber]